Hulu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 39:
=== Suruhanjaya Campbell ===
 
Daerah Hulu Perak itu sangat luas, iaitu bermula dari Selatan Negeri Petani sampai ke Kuala Temong. Menjelang kurun kesembilan belas, sebahagian besar daripada Daerah Hulu Perak telah termasuk di bawah pemerintahan Negeri [[Reman]].
 
Dalam tahun [[1899]], satu Suruhanjaya yang diketuai oleh Tuan Campbell telah dibentuk untuk menyiasat dan menyelesaikan pertikaian sempadan di antara [[Perak]] dan [[Reman]]. Hasilnya, sempadan kedua-dua negeri itu yang telah ditetapkan di Bukit Nasah dalam tahun [[1882]] dahulu, telah dipersetujui diganjak sedikit sampai ke Mukim [[Gerik]] dan [[Temenggor]]. Dari semenjak itu, pertikaian di perbatasan [[Perak]] - [[Reman]] itu pun reda sedikit terutama setelah Kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Reman dalam tahun [[1902]].
 
=== Perjanjian Inggeris-Siam ===