Gangga Negara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Imranhanif19 (bincang | sumb.)
Imranhanif19 (bincang | sumb.)
Baris 2:
[[Imej:GanggaNegaraStatue002.jpg|thumb|180px|Patung Buddha abad ke-6 (kiri) dijumpai di [[Ipoh]]. Patung sami guru [[Hindu]] abad ke-9 dijumpai di Jalong, [[Negeri Perak|Perak]]. ]]
 
'''Gangga Negara''' dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Hindu Lamalama yang hilang dan ada disebut dalam [[Sejarah Melayu]] yang kini merangkumi [[Beruas]], [[Dinding]] dan [[Manjung]] yang pada masa kini terletak di [[negeri Perak]], [[Malaysia]]. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja [[Rajendra Chola I]] dari [[dinasti Chola|Coromandel]], [[India]] Selatan di antara tahun [[1025]] dan [[1026]]. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, [[Hikayat Merong Mahawangsa]], Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak [[Merong Mahawangsa]], Raja Ganjil Sarjuna dari [[Kedah]], yang dikatakan sebagai keturunan [[Iskandar Agung]] atau keluarga diraja [[Khmer]] tidak lewat dari abad ke-2.
 
[[Jabatan Muzium Malaysia|Jabatan Muzium Negara]] telah mengkaji kerajaan [[Gangga Negara]] dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. [[Muzium Beruas]] ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut [[arkeologi]].