Perbezaan antara semakan "SAM: Saya Amat Mencintaimu"

tiada ringkasan suntingan
Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di [[Festival Filem Malaysia ke-25]] dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Filem ini juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada [[Malaysian Book of Records|The Malaysia Book Of Records]].
 
==PlotSinopsis==
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan Sam ([[Shaheizy Sam]]), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa ([[Lisa Surihani]]). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal ([[Azad Jasmin]]). Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit ([[Schizophrenia]]).
 
Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali, siapakah penculik itu?
 
==Plot==
Kisah bermula dengan Sam, yang berseorangan bermain dengan batu. Di dalam mimpi tersebut, perkahwinan di antara Sam dan Lisa, tiba-tiba ada kebunyian jam tersebut semasa dia dan Lisa bercium, Sam bangun dan mengetuk jam. Di dalam almari itu ada beberapa banyak jam yang Sam digantinya. Sam bergegas untuk pergi ke kerja.
 
Sam adalah seorang anak yatim, berkerja-keras dan rezeki. Sam yang baru kini bekerja di syarikat bosnya sendiri.
 
== Pelakon ==
481

suntingan