Sungai Lembing: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah sedikit maklumat
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
Sungai Lembing pada masa dahulu adalah Bandar terkaya dengan dalam pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakan kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
Kewujudan Sungai Lembing berkaitrapat dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Februari pada tahun 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun.
Sungai Lembing merupakan Bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentakbiranpentadbiran sebuah syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC).
Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik Bijih Timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik Konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.