Iceni: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Pemerintah puak Iceni, [[Prasutagus]] cuba mewariskan separuh daripada kerajaannya kepada keluarganya, dan bukannya kepada [[Maharaja Rom]] [[Claudius]]. Setelah kematian Prasutagus, [[Procurator]] Catus Decianus bagaimanapun merampas kesemua tanahnya dan melakukan kekejaman ke atas keluarga [[Prasutagus]]. Ratu Boudicca (sebutan Boo-dikka), isteri kepada Prasutagus, kemudiannya mengetuai pemberontak besar-besaran melawan penjajahan [[Rom]], dan merompak [[Colchester]], [[London]] dan [[Verulamium]] sebelum akhirnya dikalahkan dan terbunuh di tempat tidak diketahui sekitar [[Midlands Timur]].
 
Selepas kekalahan Iceni, Rom menukarkan jajahan puak Iceni kepada ''Civitas'' atau subdivision pentakbiranpentadbiran. [[Ravenna]] Cosmography, [[Ptolemy]]’s [[Geography]] dan Antonine [[Itinenary]] keduanya merakamkan bahawa pentadbiran Rom bagi Norfolk dinamakan ''Venta Icenorum'' penempatan sebatu atau dua batu dari [[Henge]] [[Zaman Gangsa]] di Arminghall, berhampiran [[kampung]] Caister Saint Edmunds, sekitar 5 batu selatan [[Norwich]] kini.
 
Bukti [[arkhaeologi]] mengenai Iceni termasuk [[torc]] - rantai berat yang diperbuat daripada [[emas]], [[perak]] atau [[suasa]] yang dipakai sekeliling [[leher]] dan [[bahu]]. Daripada tiga jenis [[syiling]] Iceni yang dijumpai setakat ini, jenis babi-obverse paling banyak berhampiran Norwich. Simbol [[kuda]] pada duit [[syiling]] tersebut membayangkan kepentingan [[haiwan]] ini kepada puak Iceni.