Rapid KL: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syafsanai (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 37:
Keperluan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dirombak semula menjadi nyata semenjak laluan LRT memulakan operasi komersialnya apabila bilangan penumpang didapati kurang daripada yang dijangkakan, mengakibatkan hasil jualan yang kurang memuaskan menyebabkan kedua-dua pemilik konsesi LRT , '''Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star-LRT)''' dan '''Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra-LRT)''', tidak mempu membayar balik pinjaman komersial mereka. Krisis kewangan 1997/98 memburukkan lagi keadaan. Kedua-dua syarikat ini berhutang sebanyak RM5.7bil pada November 2001 apabila '''''Corporate Debt Restructuring Committee''''' (CDRC) anjuran kerajaan menstrukturkan semula hutang kedua-dua syarikat tersebut.
 
Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur juga dibelenggui masalah kekurangan penumpang akibat kenaikan penggunaan pengangkutan swastapersendirian serta kekurangan pelaburan modal. Dua konsortium bas yang ditubuhakn pada pertengahan 1990-an untuk mengambil alih kesemua perkhidmatan bas di Kuala Lumpur - '''Intrakota Komposit''' dan '''Cityliner''' - mula menghadapi masalah kewangan. Intrakota dilaporkan mengumpul kerugian berjumlah RM450j kesan krisi kewangan 1997/98 sehingga pengambilalihan oleh [[Syarikat Prasarana Negara Berhad|SPNB]] pada 2003.
 
Akibat hasil yang rendah ini, pengendali bas tersebut tidak mampu menjaga kenderaan sedia ada atau melabur untuk memperoleh bas baru. Kekerapan tejejas dan perkhidmatan merosot akibat kerosakan bas.