Sinaran (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah maklumat dan sumber.
Baris 33:
 
==Penerbitan==
''Sinaran'' merupakan filem kesembilan arahan Osman Ali dan filem pertamanya bagi genre muzikal.<ref>{{cite news |title=Filem Sinaran Cabaran Baharu Buat Osman Ali|author=Mohd Al Qayum Azizi|publisher=[[mSTAR Online]]|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/17/osman-ali-sinaran/|date=17 November 2015|accessdate=29 November 2015}}</ref> Ia bukanlah sebuah filem adaptasi atau seram, ia merupakan sebuah filem genre percintaan remaja yang berlatar belakangkan muzikal yang kesemuanya adalah lagu daripada penyanyi terkenal, [[Sheila Majid|Datuk Sheila Majid]].<ref name="Sinaran"/> Mengakui ini kali pertama menghasilkan filem yang sedikit muzikal, memberikan satu pengalaman baharu kepadanya dalam dunia pengarahan.<ref name="Sinaran"/> Menurut Osman, idea asal untuk menghasilkan filem tersebut adalah cetusan daripada pihak penerbit sendiri iaitu Sinaran Pictures dari Singapura yang merupakan antara peminat setia Sheila Majid.<ref name="Sinaran"/><ref>{{cite news |title=Sinaran hargai Sheila Majid|author=|publisher=[[Kosmo!]]|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm|date=1 November 2015|accessdate=29 November 2015}}</ref>
 
Penggambaran filem ini dijalankan pada September 2014, ''Sinaran'' juga mendapat kerjasama daripada tiga negara iaitu [[Malaysia]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]].<ref name="Sinaran"/> Osman berkata: "Kerjasama itu termasuk dari segi penerbitan, peralatan, pelakon, lokasi penggambaran dan tenaga kerja sendiri yang memberikan satu kelainan dan jalinan kerjasama yang baharu kepada kami semua. Namun kebanyakan penggambaran dilakukan di Singapura iaitu selama 30 hari, 25 hari di Malaysia dan tiga hari di Indonesia,".<ref name="Sinaran"/> Osman juga menjelaskan pihak mereka memilih untuk kerjasama dalam filem tersebut kerana tidak mahu filem ''Sinaran'' menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi mahukan satu filem pelbagai budaya.<ref name="Sinaran"/>