Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
 
'''Merdeka Film Productions''' merupakan sebuah syarikat dan studio yang terletak di [[Hulu Kelang|Ulu Klang]], [[Selangor]], [[Malaysia]].
 
==Sejarah==
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris iaitu [[Ho Ah Loke]] terlebih dulu menggunakan perkataan Merdeka dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul [[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]] dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.
 
Pada tahun 1960, setelah bergabung dengan Shaw Brothers dan H.M. Shah (setelah menarik diri menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), beliau menubuhkan syarikat filem di Ulu Kelang, Selangor dan nama Merdeka Film Enterprise kemudiannya beralih kepada Merdeka Filem Setudio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan L. Krishnan dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin berkurangan.
 
Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ini telah ditutup beberapa tahun kemudian kerana sebab-sebab yang tertentu. Filem terakhir terbitannya ialah ''[[Adik Manja]]'' hasil lakonan [[Noorkumalasari]] dan [[Dharma Harun Al Rashid]] pada tahun 1980.