Benjy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baiki ejaan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baiki ejaan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22:
 
==Makmal memproses dadah==
Pada 11 Mac 2010, Benjy ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah. Polis menemui 850 gram [[kokain]] dan 140 gram [[syabu]] bernilai RM 650,000 . Dia ditahan bersama teman wanitanya (24) di sebuah unit kondominium disewanya di Jalan Segambut, [[Kepong]] . Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang mendapati mereka bergerak bersendirian tanpa penglibatan sindiket dalam atau luar negara. Dadah itu dipercayai diedarkan kepada artis di pertunjukan pentas.
 
Dia ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di [[Balai Polis Bukit Jalil]] bersama teman wanitanya. Jika bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum mati mandatori
Baris 31:
Pada 26 April 2010, permohonan [[habeas corpus]] Benjy didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Responden dalam kes itu ialah [[Ketua Polis Negara]], Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia . Dia ditahan reman di [[Balai Polis Bukit Jalil]] mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
 
Pada 25 Mac 2010, Benjy mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki 0.24gm24 gram [[methamphetamin]] di sebuah rumah di A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac 2010. Oleh itu, penahanannya mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 adalah salah, tidak sah dan batal dan bersifat [[mala fide]]. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya , Benjy boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya .<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=492395 Mahkamah Dengar Permohonan Habeas Corpus Benjy Pada 26 April]</ref>
 
Pada 17 Ogos 2011 pula, pelakon itu didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram yang ditemukan di rumahnya di Kondominium Menara Duta 2.