Sejarah Argentina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 35:
 
== Zaman kejatuhan ekonomi ==
Pada 30 Oktober, 1983, rakyatwarga Argentina yang bosan dengan kerajaan militari telah memilih [[Raul Alfonsin]], dari parti Radical Civic Union (UCR), sebagai Presiden. Kerjaan demokratik yang baru ini telah cuba untuk mengatasi masalah-masalah negara seperti mengambil tindakan terhadap kerajaan militari yang lepas atas kesalahan [[hak asasi manusia]], mengawal [[angkatan tentera]] dan meneguhkan semula institusi [[demokrasi|demokratik]]. Namun kerajaan Alfonsin gagal mengatasi masalah ekonomi yang sangat teruk dan dalam masa enam tahun beliau digantikan oleh calon parti Peron iaitu [[Carlos Saul Menem]].
 
Walaupun beliau berkempen sebagai calon populis tradisional, sebagai [[Presiden]], Menem melancarkan perubahan besar-besaran terhadap dasar negara. Reformasi tersebut telah membabitkan campurtangan [[kerajaan]] dalam [[ekonomi]] negara dan beliau tidak teragak-agak menggunakan kuasa Presidennya yang luas apabila Kongres tidak mendapat persetujuan atas cadangan reformasinya.