Senarai watak Sword Art Online: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 56:
;{{voiced by|[[Aoi Yūki]]}}
{{nihongo|'''Yuuki Konno'''|紺野 木綿季|Konno Yūki}} merupakan watak utama dalam novel ringan jilid 7 dan anime SAOII arca Mother's Rosario. Dia merupakan seorang kaum Imp di ALO, dan dia mula bertarung dengan sesiapa sahaja dengan menjanjikan satu Kemahiran Pedang Asal (OSS) dengan kombo 11 kali jika dia ditewaskan: disebabkan statusnya yang tidak dapat dikalahkan, dia digelar "Pedang Mutlak". Asuna juga cuba bertarung dengannya tetapi tewas. Setelah perlawanan Yuuki mengajaknya untuk membantu mengalahkan ketua raksasa tingkat 27 bersama-sama kesatuannya "Sleeping Knights" dengan niat untuk mencatatkan kesemua nama ahli di Monumen Pemedang sebagai kenangan. Setelah beberapa peristiwa termasuklah setelah tewasnya ketua raksasa, barulah didedahkan bahawa Yuuki menghidap [[Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit|HIV/AIDS]] dan ahli-ahli kesatuannya kesemuanya adalah pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup: untuk menguji peranti Medicuboid, yang direkabentuk oleh Rinko Koujiro, untuk menjaga pesakit akan datang. Yuuki sangat rapat dengan Asuna, yang mengingatkannya kepada mendiang kakanya Aiko Konno. Semakin hari, keadaan Yuuki semakin kritikal dan setelah dia mewasiatkan OSS «Mother's Rosario» kepada Asuna, dia meninggal dunia dengan tenang di ALO, dengan disaksikan lebih 1,000 pemain daripada pelbagai puak dalam permainan, termasuklah ahli-ahli kesatuannya, Asuna dan rakan-rakannya.
 
Seperti Asuna, dia menggunakan nama sebenar sebagai nama avatar. Selain itu, namanya juga sama seperti [[nama keluarga]] Asuna.
 
=== Agil ===