Sejarah Argentina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23:
== Perkembangan ekonomi Negara ==
 
Selepas penyertaan Buenos Aires, Argentina menyaksikan perkembangan ekonomi yang pesat. Para intelektual seperti [[Bartolome Mitre]] telah menjadi presiden Argentina antara 1862 dan 1868 dan membawa masuk program pembangunan [[ekonomi]] dan [[budaya]] yang maju dan progresif. Ia diperkukuhkan pula oleh [[Sarmiento]] (1868-1874) dan [[Nicolas Avellaneda]] (1874-1880) Sarmiento terkenal di Argentina sehingga kehari ini sebagai "Presiden Gurubesar" kerana sumbangannya yang banyakbesar terhadap perkembangan [[pendidikan]] di Argentina. Pada akhir abad ke 19, Argentina merupakan negara [[pertanian]] paling maju terutamanya dalam bidang [[penternakan]] dan [[pembiakan lembu]] dan [[kambing biri-biri]], [[teknologi pertanian]] dan penanaman [[alfalfa]]. Sewaktu era ini, pihak British telah melaburkan wang yang banyak dan membangunkan [[infrastruktur]] negara seperti rangkaian keretapi dan pembinaan pelabuhan. Dari 1880 sampai 1930, Argentina tergolong dalam 10 negara terkaya di dunia berdasarkan perkembangan sektor [[pertanian|pertaniannya]] serta [[pelaburan asing]] dalam [[infrastruktur]] negara. Parti Radikal yang mengambilalih [[kerajaan]] pada awal abad ke20 telah menekankan pilihan raya bebas serta institusi demokratik dan ini telah membuka pintu kepada perkembangan [[kelas pertengahan]] serta golongan yang sebelum ini telah dikecualikan dari kuasa [[politik]]. Zaman kemelesetan [[ekonomi]] sedunia atau “Great“[[Great Depression”Depression]]” pada 1930an, turut menjejas [[ekonomi]] negara Argentina. Pihak militari Argentina telah menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan kerajaan parti Radikal di bawah pimpinan Presiden [[Hipolito Yrigoyen]]. Ramai para tentera bimbang dengan pemerintahan kerajaan awam yang tidak berkesan dan tidak mampu membendung keruntuhan ekonomi negara. Disamping itu, mereka berpendapat sektor pertahanan telah diketepikan dan jiran mereka [[Brazil]] telah mendahalui Argentina dari segi militari.
 
== Bermulanya era Peronisme==