Mustarjo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Infobox actor
| name = MustarjoHaji Mustar bin Ahmad
| image = Mustarjo.jpg
| caption =
Baris 23:
}}
 
'''Haji Mustar bin Ahmad''' atau lebih dikenali sebagai '''Mustarjo''', '''Wak Mustarjo''' atau '''Pak Mustarjo''' merupakan seorang pelakon filem [[Orang Melayu Malaysia|Melayu Malaysia]] sekitar 1950-an. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purokarto, Jawa Tengah. Walaupun dari segi karakter diri, Mustarjo dilihat sebagai seorang serius, tapi dia mampu untuk membawa watak komedi dengan baik ditambah lagi dengan pelat Jawa yang menjadi jati dirinya yang dilahirkan di Purokarto, Jawa Tengah pada 1890.<ref>[http://www.buzzera.net/2013/01/bintangartis-komedi-veteran.html Bintang/artis komedi veteran]</ref> Menyingkap pembabitan awalnya sebagai pelakon, beliau terlebih dulu berjinak dalam pementasan bangsawan sebelum menyertai produksi Shaw Brothers.<ref>[http://www.buzzera.net/2013/01/bintangartis-komedi-veteran.html Bintang/artis komedi veteran.]</ref>
 
Mustarjo pernah berlakon komedi sebagai wataknya sebagai Menteri Nikah Kahwin dalam [[filem Musang Berjanggut]] dan Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok.
 
== Penglibatan dan kerjaya seni ==
Mustarjo pernah bergerak dengan aktif dalam pementasan bangsawan sebelum mencebori bidang lakonan di filem dengan syarikat produksi Shaw Brothers. Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan persembahan di hadapan [[Raja Putih Sarawak]], Raja Brooke, ketika lawatan ke [[Borneo]].<ref name="BH9Mei98" />. Beliau dikenali di kalangan pengurus Studio Jalan Ampas sebagai ''Joe''.<ref name="BH9Mei98">Berita Harian: Gerai di Jalan Ampas, 9 Mei 1998</ref>
 
Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin, gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan [[filem Bujang Lapok]] sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo.<ref name="BH9Mei98" /> Menurut [[Mariam Ismail|Seniwati Mariani]], menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng.<ref name="BH27Okt12">Berita Harian: Mariani mengenang selera [[Saloma]], 27 Oktober 2012</ref>.Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambang, perkara ini diakui oleh [[Aziz Sattar|Seniman Datuk Aziz Sattar]]. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah [[Nasi Ambang]] yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, serunding dan macam-macam lagi.<ref name="MA4Sep11">Metro Ahad: Raya Pak Ajis, 4 September 2011</ref>
 
Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan [[Haji|fardhu haji]] sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah [[Haji Mahadi]] dan [[Haji Arshad]]<ref name="BH9Mei98" />.
 
Sewaktu tinggal di kuarters [[Malay Film Productions Ltd|Malay Film Production]] yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang [[Hari Raya Aidilfitri|Syawal]], peristiwa ini dikongsikan oleh [[Ahmad Daud|Allahyarham Datuk Ahmad Daud]].<ref name="BH1Feb98">Berita Harian, 1 Februari 1998</ref>
 
==Filem==
Antara filem-filem yang dilakonkannya adalah:-
Baris 37 ⟶ 42:
* [[Filem Bujang Lapok]]
* [[Filem Seniman Bujang Lapok]]
* [[Filem Ali Baba Bujang Lapok]]
* [[Filem Kaki Kuda]]
* [[Pembalasan (filem)|Filem Pembalasan]]
* [[Sejoli|Filem Sejoli]]
* [[Derita (filem)|Filem Derita]]
 
==Rujukan==