Senarai episod Sword Art Online: Perbezaan antara semakan

| OriginalAirDate = 16 September 2012
| Aux4 = <ref name="ep11">{{cite web|url=http://www.swordart-online.net/aincrad/story/11.html|title=Episode 11 summary|language=Jepun|work=Sword Art Online|publisher=[[Aniplex]]|accessdate=12 Mei 2014}}</ref>
| ShortSummary = Kirito dan Asuna [[perkahwinan atas talian|berkahwin atas talian]], yang membolehkan mereka bercuti sementara daripada kesatuan Knights of the Blood Oath untuk berbulan madu di sebuah kabin kayu di sebuah kampung di tingkat 22. Semasa mereka meneroka di dalam sebuah hutan berhampiran, mereka terjumpa seorang budak perempuan yang tersesat yang tiba-tiba pengsan, mendapati bahawa kemungkinan terdapat [[pepijat]] memandangkan dia tidak mempunyai kursor di atasnya, jadi mereka membawanya pulang ke kabin kayu mereka untuk bermalam. Keesokannya, budak tersebut terjaga dan mengingati namanya sebagai [[senarai watak Sword Art Online#Yui|Yui]], dan dia memanggil Kirito dan Asuna sebagai ibu bapanya. Mereka bertiga pergi ke tingkat pertama untuk mencari sesiapa yang mencari Yui. Mereka terserempak dengan anggota Tentera Pembebasan Aincrad yang memeras cukai daripada seorang penjaga bernama Sasha dan tiga orang anak-anaknya. Asuna menakutkan anggora Tentera Pembebasan Aincrad dengan menggunakan pedangnya, menyebabkan mereka berundur. Yui kemudian tiba-tiba palik dan tergendala seketika sebelum jatuh pengsan lagi.
| ShortSummary =
}}
{{Japanese episode list
| OriginalAirDate = 23 September 2012
| Aux4 = <ref name="ep12">{{cite web|url=http://www.swordart-online.net/aincrad/story/12.html|title=Episode 12 summary|language=Jepun|work=Sword Art Online|publisher=[[Aniplex]]|accessdate=12 Mei 2014}}</ref>
| ShortSummary = Di sebuah pusat jagaan di sebuah gereja, Kirito, Asuna, Yui dan didatangi Yulier, timbalan komander Tentera Pembebasan Aincrad. Yulier menerangkan bahawa Thinker, ketua Tentera Pembebasan Aincrad, digulingkan oleh Kibaou, yang memerangkap Thinker di kurungan bawah tanah di tingkat pertama tiga hari lalu. Kirito, Asuna dan Yui bersetuju untuk membantu Yulier menyelamatkan Thinker. Semasa mereka melepasi kurungan dan menjumpai Thinker, mereka dikejutkan dengan kehadiran ketua raksasa bernama Fatal Scythe. Tatkala Kirito dan Asuna tidak berupaya untuk mencederakan Fatal Scythe langsung, Yui meluru masuk dan memusnahkan Fatal Scythe dengan mudah di dalam bebola api, yang mana dia langsung tidak boleh dimusnahkan. Rupa-rupanya Yui merupakan [[kecerdasan buatan]] yang sepatutnya direka bagi membantu pemain di dalam permainan, tetapi sebaliknya dipaksa untuk hanya memantau mereka sahaja. Yui mengakui bahawa dia berasa seolah-olah dia anak kandung kepada Kirito dan Asuna berinteraksi dengan mereka. Dia dikenakan hukuman penghapusan kerana mengganggu dalam permainan, tetapi Kirito berjaya menggunakan konsol pentadbir permainan untuk memindahkan data Yui ke bentuk titisan hablur yang dikenali sebagai "hati Yui".
| ShortSummary =
}}
{{Japanese episode list
| OriginalAirDate = 23 September 2012
| Aux4 = <ref name="ep13">{{cite web|url=http://www.swordart-online.net/aincrad/story/13.html|title=Episode 13 summary|language=Jepun|work=Sword Art Online|publisher=[[Aniplex]]|accessdate=12 Mei 2014}}</ref>
| ShortSummary = Semasa sedang memancing di sebuah tasik, Kirito terserempak dengan Nishida, seorang kaki pancing. Dia mengakui bahawa walaupun dia berupaya mengasah kemahiran memancingnya, dia tidak berupaya memasak makanan yang sedap dengan ikan yang dipancingnya. Kirito menjemputnya ke rumahnya untuk meminta Asuna memasak ikan yang ditangkap Nishida. Semasa makan, Nishida memberitahu bahawa terdapat seekor ikan besar yang cuba ditangkapnya banyak kali sebelum ini tetapi gagal, dan meminta Kirito untuk membantunya. Kemudian, Nishida berupaya mengail ikan tersebut dan menyerahkan joran kepada Kirito untuk menariknya. Rupa-rupanya, ikan tersebut sebenarnya seekor raksasa besar, yang kemudiannya ditumpaskan oleh Asuna. Tidak lama kemudian, Kirito menerima pesanan daripada Heathcliff. Sebelum berpisah dengan Nishida, Asuna menceritakan bagaimana dia boleh menaruh perasaan terhadap Kirito mengikut waktu. Kirito dan Asuna bertemu di ibu pejabat Knights of the Blood Oath, di mana mereka mendapati sekumpulan 20 orang ahli terperangkap dan habis dibunuh di tingkat 75. Sepasukan besar pemain dibentuk daripada beberapa kesatuan, termasuklah Kirito, Asuna, Klein dan Agil, dihimpunkan bersama. Sebaik mereka masuk, pasukan mereka bertarung dengan ketua raksasa yang sangat menakutkan, Skull Reaper.
| ShortSummary =
}}
{{Japanese episode list
| OriginalAirDate = 7 Oktober 2012
| Aux4 = <ref name="ep14">{{cite web|url=http://www.swordart-online.net/aincrad/story/14.html|title=Episode 14 summary|language=Jepun|work=Sword Art Online|publisher=[[Aniplex]]|accessdate=12 Mei 2014}}</ref>
| ShortSummary = Setelah Skull Reaper akhirnya berjaya ditewaskan, Kirito membuat kesimpulan bahawa identiti Heathcliff sebenarnya merupakan Akihiko Kayaba, mendedahkan bahawa dia sangat kebal dan seterusnya dia didedahkan sebagai ketua penjahat bagi tingkat 100. Heathcliff melumpuhkan kesemua pemain lain kecuali Kirito dan mencabar Kirito berlawan dengan adil, dan berjanji bahawa semua pemain berupaya untuk log keluar jika Kirito menang, yang mana Kirito bersetuju untuk bertarung dengan Heathcliff. Semasa Heathcliff bersedia untuk melakukan serangan terakhir, Asuna meluru di hadapan mereka dan mengorbankan dirinya, menyebabkan Kirito berduka. Heathcliff membunuh Kirito, tetapi Kirito menghiraukan bar nyawanya dan menewaskan Heathcliff, sekaligus menamatkan permainan. Di sebuah pelantar di atas Aincrad, Akihiko menerangkan kepada Kirito dan Asuna bahawa dia mahukan dunia yang mana setiap orang berimaginasi dalam hati masing-masing. Dia mengucapkan tahniah kepada mereka kerana menamatkan permainan dan mengucapkan selamat tinggal. Kirito dan Asuna memberitahu nama sebenar mereka antara satu sama lain, iaitu Kazuto Kirigaya dan Asuna Yuuki, dan berpelukan semasa dunia sedang musnah. Di dunia nyata, Kirito terjaga di sebuah hospital dan meluru untuk mencari Asuna meskipun dia masih lemah-longlai.
| ShortSummary =
}}
|}
5,845

suntingan