Juvana (filem): Perbezaan antara semakan

12 bait ditambah ,  5 tahun lalu
k
'''Juvana ''' merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 24 Januari 2013 di [[Malaysia]]. Filem ini merupakan kesinambungan siri [[Juvana]] yang pernah ditayangkan dalam televisyen, yang pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik [[Anugerah Skrin 2011|ASK 2011]]. Filem ini turut mengekalkan barisan pelakon dari siri televisyennya, seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari dan beberapa muka baru seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak.
==Plot==
{{spoiler}}
Cerita bermula selepas kejadian rusuhan pelajar di Sekolah Wira Bakti, dimana kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah itu di hantar ke sekolah baru, dimana mereka akan meneruskan sesi penahanan mereka di sekolah baru. Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Komeng dihantar menaiki lori polis ke sekolah yang telah di tetapkan, iaitu Sekolah Indera Sakti. Turut disertakan sekali, Botak, pelajar yang telah dituduh mencetuskan huru-hara di Sekolah Wira Bakti.
 
9,881

suntingan