Perbezaan antara semakan "S. Roomai Noor"

42 bait ditambah ,  4 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Dato' S. Roomai Noor''' (dilahirkan sebagai '''Muhammad Toyib bin Salleh'''; 22 Februari 1923 - 16 Mac 1996) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari [[Kampung Tengah]], [[Temerloh]], [[Pahang]].
 
==Kehidupan awal dan kerjaya==
Semasa [[Perang Dunia Kedua]], beliau pergi ke [[Singapura]] dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, [[Ishak Haji Muhammad]] atau Pak Sako. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau ke Malaysia telah membuatkan keluarga terdekat terkejut kerana pada sangkaan keluarga, beliau telah mati semasa pendudukan Jepun.
 
Beliau dilahirkan di [[Kampung Tengah]], [[Temerloh]], [[Pahang]] pada 22 Februari 1923. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, [[Bentong]], Pahang sehingga peringkat Junior Cambridge. <ref>[http://cinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Muhammad_Toyib_Bin_Salleh_4174 Dato' S.Roomai Noor]</ref>
 
==Kerjaya==
Beliau berlakon buat kali pertamanya dalam filem [[Chinta (filem)|Chinta]] arahan [[B. S. Rajhans]] pada tahun 1948. Pernah mendirikan rumahtangga bersama [[Ramlah binti Mohamad Sulaiman|Siput Sarawak]] yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai [[Anita Sarawak]]. Filem arahannya yang pertama ialah filem [[Adam (filem)|Adam]] pada tahun 1956.
 
Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, kapal terbang yang membawa delegasi Malaya nahas. Walau bagaimanapun, beliau, M. Amin, [[Roseyatimah]], [[Umi Kalthum]] dan [[Latifah Omar]] terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.
 
Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, [[Jins Shamsuddin]] telah mempelawa beliau berlakon dalam filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu [[Filem Bukan Salah Ibu Mengandung|Bukan Salah Ibu Mengandung]] yang turut menampilkan [[P. Ramlee]], Umi Kalthum, [[Sarimah Ahmad|Sarimah]] dan [[Ed Osmera]]. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap berlakon dalam filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah [[Sumpahan Mahsuri]] yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau aktifmenumpukan berlakonperhatian dalam lakonan untuk drama TV.
 
==Kematian==
Pada 16 Mac 1996, beliau meninggal dunia di Hospital Makkah, [[Arab Saudi]] akibat penyakit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan [[umrah]] bersama isterinya, Umi Kalthum.
 
Pengguna awanama