Nunuk Ragang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sagiaan1869 (bincang | sumb.)
Sagiaan1869 (bincang | sumb.)
Baris 1:
{{wikikan}}
=== NUNUK RAGANG ===
Istilah [[Nunuk Ragang]] yang bererti “Pohon Ara Merah, telah tertanam sangat dalam pada ingatan setiap orang kaum Kadazan-Dusun. Dikatakan bahawa pada dahulu kala, semasa di Nunuk ragang, nenekmoyang orang Kadazan-Dusun mendiami sebuah rumah panjang. Terdapat 10 pintu keluarga pada rumah[[Rumah panjang]] tersebut yang letaknya di bawah sepohon kayu ara besar berkulit kemerah-merahan.
 
Pekerjaan seharian mereka adalah pemburuan binatang dan mengumpul hasil hutan serta menangkap ikan dan siput sungai. Mereka juga adalah bercucuk tanam secara "vegeculture", ia itu penanaman ubi manis, keladi dan ubi kayu. Amalan penanaman padi sawah belum wujud. Masyarakat awal Kadazan-Dusun menunjukkan kesepakatan “mitoluod” dan kerjasama “mitatabang” dalam melakukan tugas dan tanggunjawab masing-masing. Sebelum mereka menetapkan tugas dan tanggungjawab masing-masing mereka selalu adakan “pitimburungakkan”“pitimburungakkan,” mesyuarat untuk menentukan kaum keluarga mana atau penghuni rumah mana yang akan bertanggunjawab dalam sesuatu bidang tugas.  
 
Apabila bilangan penduduk berkembang dan rumah panjang tersebut tidak lagi mampu menempatkan semua keturunan maka sekali lagi nenek moyang mengadakan “pitimburungakan” dan hasil atau keputusan mereka adalah untuk membahgi bagikan kawasan tanah di sekitar Nunuk Ragang. Masing-masing kaum keluarga memilih kawasan tanahpenempatantanah penempatan dan pembinaan runmah sesuai dengan bidang kerja yang lakukan.
 
Berasaskan pembahagian bidang tumpuan untuk melaksanakan tugas dan tanggunjawab atau kawasan penempatan yang dipilih, maka bermulalah kemunculan puak-puak yang pada zaman ini berjumlah lebih 30 sub etnik Kadazan-Dusun. Sebagai contoh ada kaum keluarga yang mempunyai sifat kuat dan aggresif mendapat nama sebutan <nowiki>[[Tagahas]]</nowiki> kerana dikatakan bahawa mereka memiliki kekuatan tubuh dan kepahlawanan yang luarbiasa. Mereka ditugaskan sebagai penjaga keamanan untuk melindungi penempatan awal semua kaum Kadazan-Dusun di Nunuk Ragang.
 
Pembahagian kawasan penempatan baru di sekitar Nunuk Ragang juga menjadi faktor untuk pemberian nama sebutan. Suku kaum [[Suku kaum Tuhawon</nowiki>, sesuai tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengumpul rotan, memilih untuk mendirikan penempatan di kawasan yang kaya dengan hasil hutan iatu “Tuhau” atau rotan.Pada kemudian hari suku-suku yang lain menyebut tempat perkampungan kaum keluarga itu sebagai “ih Tuhawo’on” atau tempat yang berkelimpahan rotan. Sebutan tersebut melekat pada kaum keluarga dan mengalami evolusi sehingga disingkatkan kepada “Tulun Tuhawon” atau “ suku Tuhawon”. Maka bermulalah zaman kesukuan di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
 
Istilah Dusun, dan kemudian Kadazan-Dusun hanya dipakai pada zaman kemunculan politik, selari dengan kemunculan kesultanan Brunei, pemerintahan British dan kemudian kemerdekaan dalam Malaysia. Kaum Kadazan-Dusun menikmati zaman keamanan dan kelimpahan untuk jangka masa yang agak panjang di Nunuk Ragang. Para tua-tua merasa bangga kerana telah selamat berhijrah dari “Pogun di Ama Ya I” (Rumah Ibunda Kami yang pertama) dan memulakan hidup baru “Pogun Di Ama Ya II” (Rumah Ibunda Kami yang kedua). Beberapa orang yang biasa di tugaskan untuk menyimpan ingatan minda kaum Kadazan-Dusun, khusnya kumpulan pemimpin keagamaan dalam agama animisme, mengatakan bahawa “Pogun di Ama Ya I” itu adalah “Pogun Sina” atau “Rumah Cina”, besar kemungkinan merujuk kepada Yunnan dan Taiwan. Pengunaan tanda-tanda<ref>Phelan, Peter R. (1997). Traditional Stone And Wood Monuments Of Sabah. ''Pusat Kajian Borneo.''m.s.1-3</ref> kehadiran dan kewjudan sesebuah masyarakat kuno di sesuatu wilayah biasanya dinyatakan dengan kewujudan butir yang terukir atau terubah oleh manusia.
 
Selain bangunan yang baru dibina pada tahun 80an tidak terdapat sebarang bukti relik kewujudan masyarakat kuno Nunuk Ragang. Apa yang ada ialah “tangon doh guluh guluh”  (cerita dahulukala dari nenekmoyang) yang diwariskan dan ditanam dalam minda mereka.
 
Secara geografis, Kedudukan Nunuk Ragang adalah di dalam Daerah [[Ranau]], pada pertemuan dua buah sungai yang iaitu Liwagu Kogibangan ( cabang Kiri Liwagu ) dan Liwagu [[Liwagu Kowananan|Kowananan]] (cabang Kanan Liwagu ). Perkataan "Liwagu" adalah singatan frasa "muli wagu" yang bererti "akan pulang semula". Kedua-dua sungai ini seterusnya bertemu dan menghilir masuk ke sebuah sungai yang lebih besar ia itu sungai[[Labuk LabukSugut]] sehingga bermuara ke Lautan Sulu di bahagian Pantai Timur Sabah. Dari Nunuk Ragang nenek moyang semua suku-suku Kadazan-Dusun keluar dalam migrasi besar-besaran pada zaman pra sejarah, sehingga keturunan mereka terpencar luas sampai ke Tarakan, Kalimantan, dan <nowiki>[[Tutong]]</nowiki>, Brunei.
 
Penyebab bagi migrasi tersebut adalah apa yang disebut oleh nenek moyang sebagai gangguan dari Minorit kini di beri istilah Tekanan Minorit. Ketamadunan biasany bermula di wilayah pertemuan sungai sungai yang yang besar. Liwagu Kogibangan dan Liwagu Kowananan serta Labuk mempunyai potensi untuk permulaan suatu ketamadunan Kadazan-Dusun. Malangnya akibat krisis Minorit itu maka gagallah masyarakat Kadazan-dusun 
 
=== Tekanan Minorit ===
Sebelum abad ke 19, istilah Minorit ini, tidak terdapat tercatit di mana-mana rekod. Ini disebabkan suku kaum Kadazan-Dusun tidak memiliki sebarang system penulisan. dan segalaSegala maklumat di perturunkan oleh kaum tua-tua kepada kaum generasi muda hanya melalui cerita. Cerita-cerita tersebut seringkali merupakan sebuah metafora untuk menggambarkan keadaan atau kejadian yang benar, namun perlu disampaikan dalam bentuk metafora guna menyembuni sesuatu keadaan atau melindungi seseorang. Sehingga ke tahun 50an dan 60an, semasa generasi muda Kadazan-dusun masih sangat fasih berbahasa ibunda mereka, frasa “Minorit ialoh” (engkau seorang Minorit), “minorit!!” selalu kedengaran dipakai sebagai frasa pernyataan sifat-sifat atau kata luahan kekecewaan. Kini frasa atau perkataan tersebut tidak lagi digunakan mungkin kerana pengunaannya dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh generasi siber. Memang benar bahawa frasa atau perkataan tersebut tergolong pada Zaman kuno. Namun demikian perkataan “Minorit” sebenarnya sangat bermakna kerana dengan satu perkataan sahaja maka tercetuslah dan terlancarlah suatu gelombang migrasi pada zaman kuno dan yang melibatkan semua kaum Kadazan-Dusun yang sampai hari ini membentuk dan mewarnai hampir seluruh wilayah yang dulu disebut Borneo Utara dan kini dikenali dengan nama Sabah.Pada tahun , mungkin untuk pertamakalinya, seorang pengkaji etnografi juga arckeologi<ref>I.H.N. Evans (1922); The Religion Of The Tempasuk Dusun Of Borneo. ''Cambridge University Press.''m.s.30</ref> telah membuat rekod bertulis mengenai istilah ini . Menurut kajiannya perkataan Minorit di pakai oleh suku [[Dusun Tindal]] di <nowiki>[[Tempasuk]]</nowiki> dan juga oleh suku Dusun [[Rungus]] di [[Matunggong]]Matunggong bagi merujuk kepada keadaan atau sifat yang membosankan kerana “terus ada persamaan”. Sebagai contoh frasa “minorit o Paka” (semua rumput lalang) dipakai untuk merujuk kepada keadaan tanah yang telah di liputi keseluruhannya oleh tumbuhan yang tidak disukai ia itu rumput lalang, seperti yang kini terjadi meluas dalam daerah Matunggong, Sabah. Usaha pembangunan pertanian pun sangat sukar, kebakaran liar terjadi setiap musim kemarau dan kawasan tanah telah kehilangan kesuburan. Keadaan kemiskinan di kalangan penduduk berleluasa.
 
Suku Kimarangan dan Sonsogon pula mengunakan istilah “minorit o lasu” untuk merujuk kepada keadaan kulit yang telah dijangkiti ruam panas. Pada kulit pengidap ruam panas terdapat banyak biji-bijian kecil dan sama dari segi saiznya. Ia mengandungi air dan kulit terasa sangat gatal serta pedis.