Nunuk Ragang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sagiaan1869 (bincang | sumb.)
Sagiaan1869 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
 
=== Tekanan Minorit ===
Sebelum abad ke 19, istilah Minorit ini, tidak terdapat tercatit di mana-mana rekod. Ini disebabkan suku kaum Kadazan-Dusun tidak memiliki sebarang system penulisan. Segala maklumat di perturunkan oleh kaum tua-tua kepada kaum generasi muda hanya melalui cerita. Cerita-cerita tersebut seringkali merupakan sebuah metafora untuk menggambarkan keadaan atau kejadian yang benar, namun perlu disampaikan dalam bentuk metafora guna menyembuni sesuatu keadaan atau melindungi seseorang. Sehingga ke tahun 50an dan 60an, semasa generasi muda Kadazan-dusun masih sangat fasih berbahasa ibunda mereka, frasa “Minorit ialoh” (engkau seorang Minorit), “minorit!!” selalu kedengaran dipakai sebagai frasa pernyataan sifat-sifat atau kata luahan kekecewaan. Kini frasa atau perkataan tersebut tidak lagi digunakan mungkin kerana pengunaannya dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh generasi siber. Memang benar bahawa frasa atau perkataan tersebut tergolong pada Zaman kuno. Namun demikian perkataan “Minorit” sebenarnya sangat bermakna kerana dengan satu perkataan sahaja maka tercetuslah dan terlancarlah suatu gelombang migrasi pada zaman kuno dan yang melibatkan semua kaum Kadazan-Dusun yang sampai hari ini membentuk dan mewarnai hampir seluruh wilayah yang dulu disebut Borneo Utara dan kini dikenali dengan nama Sabah.Pada tahun , mungkin untuk pertamakalinya, seorang pengkaji etnografi juga arckeologi<ref>I.H.N. Evans (1922); The Religion Of The Tempasuk Dusun Of Borneo. ''Cambridge University Press.''m.s.30</ref> telah membuat rekod bertulis mengenai istilah ini . Menurut kajiannya perkataan Minorit di pakai oleh suku [[Dusun Tindal]] di <nowiki>[[Tempasuk]]</nowiki> dan juga oleh suku Dusun [[Rungus]] di [[Matunggong]] bagi merujuk kepada keadaan atau sifat yang membosankan kerana “terus ada persamaan”. Sebagai contoh frasa “minorit o Paka” (semua rumput lalang) dipakai untuk merujuk kepada keadaan tanah yang telah di liputi keseluruhannya oleh tumbuhan yang tidak disukai ia itu rumput lalang, seperti yang kini terjadi meluas dalam daerah Matunggong, Sabah. Usaha pembangunan pertanian pun sangat sukar, kebakaran liar terjadi setiap musim kemarau dan kawasan tanah telah kehilangan kesuburan. Keadaan kemiskinan di kalangan penduduk berleluasa.
 
Suku Kimarangan dan Sonsogon pula mengunakan istilah “minorit o lasu” untuk merujuk kepada keadaan kulit yang telah dijangkiti ruam panas. Pada kulit pengidap ruam panas terdapat banyak biji-bijian kecil dan sama dari segi saiznya. Ia mengandungi air dan kulit terasa sangat gatal serta pedis.
 
=== Pemilihan Arah Tuju ===
Keluaran dari Nunuk Ragang diawali dengan suatu "pitimburungakan". Keputusan dari kaum paderi wanita pagan atau bobolian adalah bahawa suku kaum Tagahas di tugaskan untuk pertahanan sementara suku-suku yang lain secepat mungkin mulai berangakat dari sentral Nunuk Ragang.
 
Arah tuju perjalanan setiap suku kaum adalah berpandu pada aliran sungai Liwagu. Suku kaum Rungus, dan suku kaum Tangara yang dahulu mendiami kawasan "pirungusan"ia itu perkampungan mereka di antara dua anak sungai yang menghilir ke sungai Liwagu dan juga keadaan "tangar-tangar" atau pasir putih, berangkat menuju turun ke sungai Labuk. Kemudian mereka melencong naik ke Utara. Setelah sampai ke Tempasuk melalui lembah, Marak-Parak, mereka ambil keputusan untuk berpecah, satu kumpulan menuju ke Matunggong, dan yang satu lagi ke kawasan pantai Barat, khasnya di Papar dan Penampang.
 
Suku kaum Tuhawon berangkat keluar dari Nunuk Ragang dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama masuk ke suatu lembah kecil yang di ambang masuknya terdapat pusat persinggahan pemburuan dan pengumpulan bernama Tubau-Pudan. Kumpulan suku Tuhawon ini dipimpin oleh seorang ketua klan bernama Tamadon. Lembah Tubau-Pudan ini adalah suatu lembah yang belum pernah dihuni atau diketahui isi dan keluasannya.
 
=== Pemilihan Tanda Pertalian Persaudaraan ===