Nnoitra Jiruga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
== Kuasa dan Kebolehan ==
[[Imej:Zanpakuto Nnoitra.JPG|thumb|''Zanpakutō'' Nnoitra.]]
Nnoitra ialah ''Quinto Espada'', iaitu arrancar kelima terkuat di bawah pimpinan Aizen. Meskipun kelihatan kurus dan lembik, Nnoitra sebenarnya agak kuat, sehingga mampu menahan serangan penuh daripada lengan Chad tanpa sebarang tanda-tanda kecederaan, selain mampu menembusi lengan perisai Chad dalam satu hayunan pedangnya.<ref>Manga ''Bleach''; bab 262, halaman 1-2.</ref> Dia juga menembak tembakan cero daripada hujung lidahnya dan bukan menggunakan tangan atau mulutnya seperti arrancar yang lain. Semasa bertarung dengannya, Ichigo berkata bahawa Nnoitra mempunyai kekuatan fizikal yang bertentangan dengan rupanya yang lemah dan tidak serasi dengan kebolehannya. Disebabkan kedudukannya iaitu sebagai Espada ke-5, Nnoitra bukanlah yang terhandal, meskipun perbualannya dengan arrancar Tesla menunjukkan bahawa dia menganggap bahawa dirinya yang paling handal dan sentiasa ingin membuktikannya.