Matahari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Suntingan.
Baris 2:
{{Hatnote|"Suria" dilencongkan di sini. Untuk syarikat rakaman Malaysia, sila lihat [[Suria Records]]. Untuk stesen radio Malaysia, sila lihat [[Suria FM]]. Untuk pusat beli-belah, sila lihat [[Suria KLCC]].}}
{{Solar System Infobox/Sun}}
[[Fail:Sun_spot_naked_eye.jpg|thumb|MatahariPandangan matahari dari bumi dengan tompokan matahari jelas kelihatan]]
'''Matahari''' merupakan [[bintang]] terdekat dengan [[Bumi]] dengan jarak purata 149,680,000 [[kilometer]] (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk [[Sistem Suria]]. Matahari mempunyai garis pusat (''diameter'') 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai [[bintang]] kerdil jenis G. [[Cahaya]] dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke [[Bumi]] dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.
 
Matahari merupakan satu bebola [[plasma (fizik)|plasma]] dengan jisim sekitar 2 x 10<sup>30</sup> kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada [[gas]] panas, menukar unsur [[hidrogen]] kepada [[helium]] melalui tindak balas gabungan[[lakuran nuklear]] pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 kali lebih padat berbanding jisim [[air]]. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan [[bumi]] dikenali sebagai pemalar suria yang menyamai 1.37 kilowatt se[[meter]] persegi setiap saat.