Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
 
==Sejarah==
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, [[Ho Ah Loke]] terlebih dahulu menggunakan perkataan ''[[Merdeka]]'' dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan ''Merdeka Film Enterprise'' pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul [[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]] dengan usahasama produksi [[Perfini]] dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], [[Chitra Dewi]], [[Rendra Karno]] serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.
 
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.