Perbezaan antara semakan "Merdeka Film Productions"

tiada ringkasan suntingan
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.
 
Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, [[Clearwater Bay Studio]] lebih menumpukan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. SelepasKeadaan diburukkan lagi apabila selepas kematian Seniman Agung Tan Sri [[P. Ramlee]], tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti [[M. Amin]], [[Jins Shamsuddin]], [[Omar Rojik]] dan [[S. Kadarisman]] di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri turut menjadi faktor. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan [[Run Run Shaw]] dan [[Runme Shaw]] untuk tidak meneruskan penghasilan filem-filem di Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah [[Adik Manja]] pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional]] (FINAS) pada tahun 1985<ref>{{cite web |url=http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/shaw.htm |title=Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967) |accessdate=9 Disember 2012}}</ref> dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.
 
==Senarai artis==
Pengguna awanama