Hang Li Po: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Matkamil (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Matkamil (bincang | sumb.)
Baris 3:
 
==Hubungan diplomatik Melaka-Ming==
Menurut [[Sejarah Melayu]], karya [[Tun Seri Lanang]] daripada [[abad ke-17]], apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar [[Tun Perpatih Putih]] sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja YongleYing Zong. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman [[Kesultanan Melaka]] sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. <ref>[http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm01&spesifik_id=427&ttl_id=59 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia: Sultan Mansur Shah]</ref>
 
Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan 4 pengawai peribadi. Li Po memeluk agama [[Islam]], [[Perkahwinan|berkahwin]] dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah [[istana]] untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di [[Bukit Cina]]. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.