Hang Li Po: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Matkamil (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Matkamil (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 175.144.19.55
Baris 1:
'''Hang Li Po''' ({{lang-zh|漢麗寶}}) ialah isteri ke empat kepada [[Sultan Mansur Syah]] ([[1456]] - [[1477]]), [[Kesultanan Melaka|sultan Melaka]] yang memerintah dari tahun [[1456]] hingga tahun [[1477]]. Walaupun beliau merupakan [[puteri]] kepada [https://en.wikipedia.org/wiki/Emperor_Yingzong_of_Ming [Maharaja Ying ZongYongle]], <ref>[http://verbatimcries.wordpress.com/2007/05/07/puteri-hang-li-po/ Laman web ''Verbatimcries:'' Puteri Hang Li Po]</ref> maharaja [[Wangsa Ming]] di [[China]], namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam [[babad]] Wangsa tersebut kecuali dua orang puteri yang tidak bernama.
 
 
==Hubungan diplomatik Melaka-Ming==
Menurut [[Sejarah Melayu]], karya [[Tun Seri Lanang]] daripada [[abad ke-17]], apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar [[Tun Perpatih Putih]] sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Ying ZongYongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman [[Kesultanan Melaka]] sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. <ref>[http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm01&spesifik_id=427&ttl_id=59 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia: Sultan Mansur Shah]</ref>
 
Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan 4 pengawai peribadi. Li Po memeluk agama [[Islam]], [[Perkahwinan|berkahwin]] dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah [[istana]] untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di [[Bukit Cina]]. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.