Sayang Salmah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 23:
}}
'''''Sayang Salmah''''' ialah sebuah filem drama arahan , [[Mahadi J Murat|Dr. Mahadi J Murat]]
yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1995. Filem yang dibintangi oleh [[Sidi Oraza]], [[Azhar Sulaiman]] dan [[Norish Karman]] ini berlatarbelakangkan zaman pra- kemerdekaan [[Tanah Melayu]] sekitar tahun 1955-1960. Filem ini juga turut mewakili Malaysia pada [[Festival Filem Asia Pasifik]] dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Sidi Oraza yang turut menang PelakonLelaki Terbaik [[Festival Filem Malaysia Ke-12]].
 
==Plot==
 
Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat [[Melayu]] sekitar tahun 1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Mr.Encik Jabar ([[Jalaluddin Hassan|Datuk Jalaluddin Hassan]]) dan isterinya Dasimah ([[Fauziah Nawi]]) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan ([[Sidi Oraza]]) dan Salleh ([[Azhar Sulaiman]]). Hassan bergiat aktif dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian Mr. Jabarayahnya membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap sindrom 'schizophrenia'. Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah ([[Norish Karman]]). Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah ke rumah lain, dan Dasimah pula semakin tenat setelah kakinya tertusuk sembilu [[buluh]]. Keadaan bertambah meruncing apabila Hassan diketepikan oleh Salleh dan Salmah setelah Dasimah meninggal dunia. Hassan mengamuk dan menceroboh masuk ke rumah Salleh sertakerana mencederakankelaparan. Tetapi Salmah yang keseorangan di dalam rumah tidak memahami keadaan Hassan. Dia sengaja membuat provokasi terhadap Hassan menyebabkan Salmah dicederakan sehingga pengsan. Salleh yang baharu sahaja dipukul kerana kalah dalam perjudian telah tersalah faham tentang tingkah laku Hassan yang memukul isterinya. Akhirnya Hassan ditangkap oleh pihak [[polis]]. Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak mereka datang melawat Hassan yang kini berada di [[Hospital Bahagia Tanjung Rambutan]], Perak, Malaysia. Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari keluarganya.
 
==Pencapaian==