Azharina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azharinawiki (bincang | sumb.)
Azharinawiki (bincang | sumb.)
Baris 44:
 
==Kerjaya muzik==
===Juara Bintang RTM 2001===
Azharina binti Azhar merupakan juara dalam pertandingan nyanyian Bintang RTM 2001 menewaskan peserta hebat seperti [[Siti Sarah Raisuddin]] , [[Misha Omar]] , dan Asmidar. Azharina merakamkan beberapa album di bawah syarikat Millenium Art Sdn. Bhd. sebelum keluar dari syarikat tersebut. Azharina dilaporkan berkerjasama dengan Min Yasmin bagi rakaman album berdua. Album 2 SOUL ini diterbitkan Julfekar Ahmad Shah.<ref>[http://www.hmetro.com.my/articles/KolaborasialbumMin_Azharina/MA/Article Kolaborasi album Min, Azharina - My Metro.]</ref>
Azharina menjadi Juara Bintang RTM 2001 pada umur 16 tahun (tingkatan 4). Beliau berentap bersama enam peserta wanita dan dua lelaki termasuk dua nama besar tanahair iaitu [[Siti Sarah Raisuddin]] dan [[Misha Omar]] .
Pada malam itu Azharina menyanyikan lagu Kau Lilin Cintaku dan Sinaran. Azharina membawa pulang wang tunai RM4000, sijil dan piala iringan.
Peserta lain ialah Amir Mahiyiddin, 18, Mohd. Almi Mohd. Ali, 21, Rosmayati Yaacob, 21, Farawahida Razali, 16 dan Norhasmidar Ahmad, 15.<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm&arc=hive Azharina Juara Bintang RTM 2001 - Utusan.]</ref>
 
Pernah memenangi tempat ke-2 dalam program nyanyian suara Hits1 RTM 1 tewas kepada [[Jaclyn Victor]] lagu Gemilang pada tahun 2006 mempertaruhkan lagu Elegi Sepi. Ia merupakan lagu paling lama mengekalkan dalam carta Hits1 RTM 1 selama lebih 30 minggu bertahan dalam carta. Ini menunjukkan lagu tersebut merupakan lagu berhantu dan hits di Malaysia.. Lagu ini juga dinobatkan lagu top meletop pilihan rakyat Malaysia menewaskan artist ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza dalam satu anugerah bernama anugerah EraFM pada tahun 2005.