Yasin Sulaiman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.75.66 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Fandi89
Menambah info - rujukan akan ditambah kemudian.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7:
|birth_place = [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]
|nationality = {{MAS}}
|other_names = Yasin
|known_for = kumpulan nasyid [[Brothers (kumpulan nasyid)|Brothers]]
|occupation = Penyanyi, penerbit dan pencipta lagu
|years_active = 1996 - kini
|religion = Islam
|spouse = Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan (k. 2005)
|children = 2
|genre = [[Nasyid]]
|instrument = [[Vokal]]
Baris 20 ⟶ 15:
}}
 
'''Yasin Sulaiman''' (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki tersohor dari [[Malaysia]] yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid [[Brothers (kumpulan nasyid)|The Brothers]] sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul ''Mimpi Laila'' berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di [[Anugerah Juara Lagu 2001]]. Album solo keduanya yang berjudul ''Salsabila'' pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-10]] pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah ''Wassini'' ([[Waheeda]]), ''[[Lagu Rindu (lagu Siti Nurhaliza)|Lagu Rindu]]'' ([[Siti Nurhaliza]]), ''Ku Temu Cahaya'' ([[Dayang Nurfaizah]]) dan ''Alhamdulillah'' ([[Too Phat]]).
 
==Kerjaya muzik==
 
===Brothers===
{{utama|Brothers (kumpulan nasyid)}}
 
Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan [[Brothers (kumpulan nasyid)|Brothers]] sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – ''We Are…'' (1997) dan ''Satu Perjuangan'' (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album ''Brothers Reunited''. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, ''Sabar'' yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan dua ahli Brothers yang lain.
 
===Kerjaya solo===
Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album ''Mimpi Laila'' yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama.
 
==Peribadi==