Pusa, Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengenai seorang legenda di Saribas.
Kisah legenda di Saribas.
Baris 50:
Sampainya di muara Saribas, Borneo (sekarang Sarawak) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara [[Brunei]] yang kecewa melarikan diri setelah anaknya diambil Sultan Brunei ketika itu untuk dijadikan gundik. Setelah Dato Godam dan Datu Temenggong Kadir berkenalan, beliau bersetuju untuk membantu mendapatkan kembali anak Datu Temenggong Kadir yang bernama Pengiran Kachi @ Dayang Chi itu.
 
Setelah berlabuh di Brunei, Dato Godam berjumpa Sultan dan membawa hajatnya berniaga kain. Perwatakannya, cara berpakaian dan adab nya sungguh menarik perhatian Sultan. Barang-barangan berupa kain bermutu tinggi yang dibawa juga amat menarik perhatian Sultan. Dato Godam dijemput ke istana untuk majlis makan-makan. Beliau memberi hadiah kepada Sultan. Sebagai balasan Sultan juga menghadiahkannya beberapa orang gundik, namun kesemuanya ditolak oleh Dato Godam. Setelah beliau terjumpa Dayang Chi, iaitu anak Datu Temenggong Kadir beliau membawanya naik ke kapal untuk melihat barangan yang dijual. Setelah melihat meriam yang dikirimkan oleh ayahnya di dalam kapal, tahulah dia bahawa Dato Godam datang untuk menyelamatkannya. Melalui kebijaksanaan berunding / berdiplomasi dengan Sultan dan pembesar, Dato Godam akhirnya berjaya membawa Dayang Chi keluar dari Brunei terus ke Tandang Sari (sekarang, Pusa) Saribas bertemu ayahnya yang menunggu di sana.
 
Datu Temenggong Kadir yang sangat gembira, menikahkan anaknya itu dengan Dato Godam. Mereka mendapat dua orang anak, iaitu Dato Bandar Abdul Rahman digelar Menteri Uban dan Dato Said digelar Menteri Puteh.