Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.144.191.90 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 4:
==Latar belakang==
 
Pada tahun 1849 atau 1850, sultan [[Selangor]] ketika itu, [[Sultan Muhammad Shah]] meletakkan jajahan [[Kelang]] di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari [[Negeri-Negeri Selat]] yang bernama [[W.H. Read|W.H. Reed]] dan [[Tan Kim Cheng]]. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut [[cukai]] daripada penduduk-penduduk KlangKelang. Salah seorang daripada penduduk tersebut adalah Raja Mahdi. Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Klang, ayah Raja Mahdi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. Ini memberi Raja Mahdi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahdi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahdi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
 
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan [[Sultan Abdul Samad]] menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang baru bersimpati dengan keadaan Raja Mahdi. Ini kerana Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari [[Riau]] dan keluarga diraja lebih senang melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja Mahdi.