Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

39 bait ditambah ,  5 tahun lalu
k
Perkemasan.
k (Membalikkan suntingan oleh 175.144.191.90 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri)
k (Perkemasan.)
{{Sejarah Malaysia}}
'''Perang Kelang''' ataupun '''Perang Saudara Selangor''' berlaku dari tahun [[1867]] kehingga [[1874]].<ref>J.M Gullick, 2004, ms 77-79</ref>, dan iaIa bermula dengan perbalahan di antara [[Raja Abdullah bin Raja Jaafar]] dan [[Raja Mahdi bin Raja Sulaiman]].
 
==Latar belakang==
 
Pada tahun 1849 atau 1850, sultan [[Selangor]] ketika itu, [[Sultan Muhammad Shah]] meletakkan jajahan [[Kelang]] di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari [[Negeri-Negeri Selat]] yang bernama [[W.H. Read]] dan [[Tan Kim Cheng]]. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut [[cukai]] daripada penduduk-penduduk Kelang. Salah seorang daripada penduduk tersebut adalahialah Raja Mahdi. Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua KlangKelang, ayah Raja Mahdi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. IniKeadaan ini memberi Raja Mahdi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahdi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahdi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
 
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan [[Sultan Abdul Samad]] menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang barubaharu bersimpati dengan keadaan Raja Mahdi. IniHal ini kerana Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari [[Riau]] dan keluarga diraja lebih senang melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja Mahdi.
 
==Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang==
 
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantaraantara pengikut [[Tok Bandar Yasih]], wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat [[Batu Bara]] di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh [[Mohamed Akib]]. Mohamed Akib yang tidak berpuashatiberpuas hati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>
 
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada [[Sultan Sir Abdul Samad|Sultan Abdul Samad]] sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Penghentian Iniini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanaganpertunangan Raja Mahadi dengan puteri baginda, [[Raja Arfah]].<ref> J.M Gullick, 2004, ms 61</ref>.
 
==Peperangan dan Tengku Kudin==
 
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan [[Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I|Tengku Kudin]] yang berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah [[Langat]].<ref>J.M Gullick, 2004, ms 77</ref>. Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu [[Raja Ismail]], anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia.<ref>J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>.
 
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail yang memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Serangan Iniini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian, pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Bantuan Iniini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur dari Kelang pada bulan Mac 1870.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 66-67</ref>.
 
Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.
==Yap Ah Loy dan pertempuran di Kuala Lumpur==
 
Pada bulan Ogos 1868, [[Liu Ngiam Kong]], Kapitan Cina Kuala Lumpur telah meninggal dunia dan telah digantikan oleh pembantunya [[Yap Ah Loy]]. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang.<ref>J.M Gullick, 2004, ms 225</ref>. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin, setelah mereka berjaya menguasai Kelang.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 62</ref>
 
==Residen British==
 
Sementara itu, [[Negeri-Negeri Selat]] mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di [[Tanah Melayu]] yang menjadi pengeluar [[bijih timah]] terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. IniHubungan ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. IniHal ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
 
SituasiKeadaan berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dari [[Pulau Pinang]] diserang [[lanun]] berhampiran perairan [[Hulu Langat]]. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernama [[J.G. Davidson]] sebagai [[Residen British]] Selangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesar [[Selangor]] kerana iabeliau merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugas [[residen]] bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenai [[Islam]] dan adat resam [[Melayu]].
 
Perang KlangKelang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja Mahdi melarikan diri keluar dari Selangor dan menetap di [[Johor]]. Beliau meninggal dunia di sana dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
 
==Rujukan==
8,985

suntingan