Perbezaan antara semakan "Lionel Messi"

4,824 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Sebagai pemain bola sepak kebangsaan Argentina pula, Messi merupakan penjaring gol terbanyak negara. Di peringkat belia, beliau memenangi [[Piala Dunia B-20 FIFA|Piala Dunia Remaja FIFA]] 2005, bersama dengan anugerah kasut emas dan bola emas, memenangi pingat emas dalam acara bola sepak [[Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2008|Sukan Olimpik 2008]]. Selepas melakukan debut senior pertama beliau pada bulan Ogos 2005, Messi merupakan pemain Argentina termuda untuk bermain dan menjaringkan gol semasa kejohanan [[Piala Dunia FIFA 2006]] berlangsung, dan mara ke perlawanan akhir [[Copa América 2007]], di mana beliau dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan. Messi diberi penghormatan sebagai kapten pasukan kebangsaan pada bulan Ogos 2011, dan sejak itu beliau memimpin pasukan Argentina untuk tiga perlawanan akhir berturut-turut; [[Piala Dunia FIFA 2014]], di mana beliau juga memenangi anugerah bola emas, serta kejohanan Copa América [[Copa América 2015|2015]] dan [[Copa América 2016|2016]].
 
 
== Kehidupan awal ==
 
Lionel Andrés Messi dilahirkan pada [[24 Jun]] [[1987]] di [[Rosario]] dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik hasil perkongsian hidup Jorge Messi, seorang pengurus kilang besi dan isterinya Celia Cuccittini, yang bekerja di bengkel pengeluaran magnet. Disebelah bapanya, bapanya merupakan keturunan Itali dan Sepanyol, merupakan cicit kepada imigran yang berasal dari [[Marche]] dan [[Catalonia]], manakala di sebelah ibunya pula, ibunya berketurunan Itali{{sfn|Balagué|2013|pp=32–37}}. Dibesarkan dalam suasana menyayangi bola sepak, "Leo" memiliki semangat bermain bola sepak pada zaman awalnya, bermain hampir setiap hari bersama abang-abangnya, Rodrigo dan Matías, dan sepupunya, [[Maxi Biancucchi|Maximiliano]] dan [[Emanuel Biancucchi]], yang kedua-duanya menjadi pemain profesional{{sfn|Caioli|2012|pp=9–10}}. Pada umur empat tahun, beliau menyertai kelab tempatan Grandoli, di mana beliau telah dilatih oleh bapanya, walaupun beliau dipengaruhi oleh nenek sebelah ibunya, Celia, pada waktu awal beliau berkecimpung dalam bola sepak, di mana neneknya akan menemani beliau semasa sesi latihan dan perlawanan<ref name="Magic in His Feet">{{cite news |first=John |last=Carlin |title=''Lionel Messi: Magic in His Feet'' |newspaper=The Independent |date=27 Mac 2010 |url=http://www.independent.co.uk/news/people/profiles/lionel-messi-magic-in-his-feet-1928768.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>. Messi berasa sangat terkesan setelah kematian neneknya, tidak lama sebelum ulangtahun kelahiran beliau yang ke-11 dan semenjak itu, sebagai penganut Katolik, beliau akan meraikan jaringan golnya dengan melihat dan menunjukkan ke arah langit sebagai tanda penghargaan kepada mendiang neneknya{{sfn|Balagué|2013|pp=44–45}}<ref>{{cite news |first=Chris |last=Maume |title=''Lionel Messi: The World at His Feet'' |newspaper=The Independent |date=11 Julai 2014 |url=http://www.independent.co.uk/news/people/profiles/lionel-messi-the-world-at-his-feet-9601215.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>.
 
Messi menyertai kelab [[Newell's Old Boys]] pada umur enam tahun. Semasa enam tahun beliau bermain bersama kelab Newell's, beliau telah menjaringkan hampir 500 gol sebagai salah seorang ahli "The Machine of '87", gelaran pasukan kelab pada ketika itu yang hampir mustahil dikalahkan dan dinamakan dengan tahun kelahiran, serta menghiburkan orang ramai yang datang dengan melakukan helah bola sepak selepas berakhirnya separuh masa pertama<ref name="Here and Gone">{{cite web |first=Wright |last=Thompson |title=''Here and Gone: The Strange Relationship between Lionel Messi and His Hometown in Argentina'' |work=Outside the Lines |publisher=ESPN FC |date=22 Oktober 2012 |url=http://sports.espn.go.com/espn/eticket/story?page=lionel-messi |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>{{sfn|Caioli|2012|pp=31–35}}. Walau bagaimanapun, masa depan beliau sebagai pemain profesional bakal terancam apabila beliau didiagnosis dengan penyakit berkaitan kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) semasa berumur 10 tahun. Insurans kesihatan bapanya hanya meliputi dua tahun rawatan hormon pertumbuhan, di mana kos yang perlu ditanggung sekurang-kurangnya [[Peso Argentina|$]]1000 sebulan, Newell bersetuju untuk menyumbang, tetapi kemudian mengingkari janji mereka<ref name="The Legend of El Enano">{{cite news |first1=Jérôme |last1=Cazadieu |first2=Alexandre |last2=Juillard |first3=Frédéric |last3=Traïni |title=Leo Messi: La Légende d'El Enano |trans_title=''Leo Messi: The Legend of El Enano'' |newspaper=L'Équipe via Irish Independent |date=15 November 2008 |url=http://www.independent.ie/sport/soccer/rosario-the-old-coach-and-the-kid-26496103.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>. Messi kemudian ditinjau oleh kelab [[Club Atlético River Plate|River Plate]] yang terdiri daripada pemain idola beliau, [[Pablo Aimar]], namun begitu mereka juga tidak mampu menanggung kos rawatan akibat krisis ekonomi yang dihadapi negara Argentina ketika itu<ref name="On a Mission">{{cite news |first=Ian |last=Hawkey |title=''Lionel Messi on a Mission'' |newspaper=The Times |date=20 April 2008 |url=http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/football/european_football/article3779961.ece |archiveurl=https://web.archive.org/web/20080830020412/http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/football/european_football/article3779961.ece |archivedate=30 August 2008 |deadurl=no |accessdate=18 Julai 2015}}</ref><ref name="Pablo Aimar: The Argentinian Wizard Admired by Maradona and Messi">{{cite news |first=Paul |last=Wilson |title=''Pablo Aimar: The Argentinian Wizard Admired by Maradona and Messi'' |newspaper=The Guardian |date=16 Julai 2015 |url=https://www.theguardian.com/football/blog/2015/jul/16/pablo-aimar-next-diego-maradona-argentina-retired-age-35-valencia |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>.
 
 
977

suntingan