Perbezaan antara semakan "Lionel Messi"

4,814 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Messi menyertai kelab [[Newell's Old Boys]] pada umur enam tahun. Semasa enam tahun beliau bermain bersama kelab Newell's, beliau telah menjaringkan hampir 500 gol sebagai salah seorang ahli "The Machine of '87", gelaran pasukan kelab pada ketika itu yang hampir mustahil dikalahkan dan dinamakan dengan tahun kelahiran, serta menghiburkan orang ramai yang datang dengan melakukan helah bola sepak selepas berakhirnya separuh masa pertama<ref name="Here and Gone">{{cite web |first=Wright |last=Thompson |title=''Here and Gone: The Strange Relationship between Lionel Messi and His Hometown in Argentina'' |work=Outside the Lines |publisher=ESPN FC |date=22 Oktober 2012 |url=http://sports.espn.go.com/espn/eticket/story?page=lionel-messi |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>{{sfn|Caioli|2012|pp=31–35}}. Walau bagaimanapun, masa depan beliau sebagai pemain profesional bakal terancam apabila beliau didiagnosis dengan penyakit berkaitan kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) semasa berumur 10 tahun. Insurans kesihatan bapanya hanya meliputi dua tahun rawatan hormon pertumbuhan, di mana kos yang perlu ditanggung sekurang-kurangnya [[Peso Argentina|$]]1000 sebulan, Newell bersetuju untuk menyumbang, tetapi kemudian mengingkari janji mereka<ref name="The Legend of El Enano">{{cite news |first1=Jérôme |last1=Cazadieu |first2=Alexandre |last2=Juillard |first3=Frédéric |last3=Traïni |title=Leo Messi: La Légende d'El Enano |trans_title=''Leo Messi: The Legend of El Enano'' |newspaper=L'Équipe via Irish Independent |date=15 November 2008 |url=http://www.independent.ie/sport/soccer/rosario-the-old-coach-and-the-kid-26496103.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>. Messi kemudian ditinjau oleh kelab [[Club Atlético River Plate|River Plate]] yang terdiri daripada pemain idola beliau, [[Pablo Aimar]], namun begitu mereka juga tidak mampu menanggung kos rawatan akibat krisis ekonomi yang dihadapi negara Argentina ketika itu<ref name="On a Mission">{{cite news |first=Ian |last=Hawkey |title=''Lionel Messi on a Mission'' |newspaper=The Times |date=20 April 2008 |url=http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/football/european_football/article3779961.ece |archiveurl=https://web.archive.org/web/20080830020412/http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/football/european_football/article3779961.ece |archivedate=30 August 2008 |deadurl=no |accessdate=18 Julai 2015}}</ref><ref name="Pablo Aimar: The Argentinian Wizard Admired by Maradona and Messi">{{cite news |first=Paul |last=Wilson |title=''Pablo Aimar: The Argentinian Wizard Admired by Maradona and Messi'' |newspaper=The Guardian |date=16 Julai 2015 |url=https://www.theguardian.com/football/blog/2015/jul/16/pablo-aimar-next-diego-maradona-argentina-retired-age-35-valencia |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>.
 
[[File:La Masia (Can Planas) (Barcelona) - 1.jpg|thumb|left|Messi ditawarkan kemasukan ke akademi Barcelona, [[La Masia]], pada umur 13 tahun.]]
 
Disebabkan keluarga Messi mempunyai kenalan di [[Catalonia]], mereka cuba menguruskan perlawanan ujian bersama kelab Barcelona pada bulan September 2000. Pengarah pasukan utama Charly Rexach ingin mendapatkan khidmat Messi, namun begitu lembaga pengarah kelab menolak atas alasan kelab Eropah jarang sekali menandatangani kontrak pemain luar pada usia yang sangat muda. Pada 14 Disember, kata dua telah diberikan kepada Barcelona untuk membuktikan komitmen ini, dan Rexach, dengan tiada kertas disediakan, menyediakan kontrak di atas kertas tisu<ref name="On a Mission"/><ref name="How Argentinian Teenager Signed for Barcelona on a Serviette">{{cite news |first=Sid |last=Lowe |title=''Lionel Messi: How Argentinian Teenager Signed for Barcelona on a Serviette'' |newspaper=The Guardian |date=15 Oktober 2014 |url=https://www.theguardian.com/football/blog/2014/oct/15/lionel-messi-barcelona-decade |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>. Pada bulan Februari 2001, keluarga Messi berpindah ke [[Barcelona]], di mana mereka mendiami di sebuah pangsapuri berdekatan dengan stadium [[Camp Nou]], iaitu stadium tuan rumah untuk kelab Barcelona. Pada tahun pertama Messi di Sepanyol, beliau jarang sekali membuat penampilan bersama akademi disebabkan konflik perpindahan dengan kelab Newell's; dan sebagai pemain asing, beliau hanya boleh diturunkan dalam perlawanan persahabatan dan liga Catalan. Tanpa bola sepak, beliau bergelut untuk mendapatkan keserasian bersama pasukannya. Di rumah pula, beliau mula merindui kampung halamannya di Argentina setelah ibunya pulang kembali ke [[Rosario]] bersama abang-abangnya dan adik perempuannya, María Sol, manakala bapanya menemani beliau di Sepanyol<ref name="Here and Gone"/><ref name="How Argentinian Teenager Signed for Barcelona on a Serviette"/><ref name="Boy Genius">{{cite news |first=Jeré |last=Longman |title=''Lionel Messi: Boy Genius'' |newspaper=The New York Times |date=21 Mei 2011 |url=https://www.nytimes.com/2011/05/22/sports/soccer/lionel-messi-boy-genius.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>.
 
Selepas setahun bersama akademi bola sepak Barcelona, [[La Masia]], Messi akhirnya diterima oleh [[Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol]] (RFEF) pada bulan Februari 2002. Dibenarkan bermain dalam semua pertandingan, beliau cuba berkenalan dengan pasukannya, antaranya ialah [[Cesc Fàbregas]] dan [[Gerard Piqué]]{{sfn|Caioli|2012|pp=61–62}}. Selepas selesai menjalani rawatan hormon pertumbuhan semasa berumur 14 tahun{{sfn|Balagué|2013|pp=149}}, Messi merupakan sebahagian daripada "''Baby Dream Team''", pasukan belia paling terbaik dimiliki Barcelona. Pada musim penuh pertamanya (2002-03), beliau merupakan penjaring gol terbanyak dengan 36 gol dalam 30 perlawanan untuk pasukan ''Cadetes A'', yang memenangi kejuaraan ''treble''; memenangi liga serta piala di peringkat negara dan Catalan{{sfn|Caioli|2012|pp=61–62}}<ref name="Class of 2002">{{cite news |first=Pete |last=Jenson |title=''Fàbregas, Messi, Piqué: Class of 2002'' |newspaper=The Independent |date=27 Mac 2010 |url=http://www.independent.co.uk/sport/football/european/fabregas-messi-pique-class-of-2002-1928682.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>. Perlawanan akhir Copa Catalunya menentang [[Espanyol]] yang berkesudahan Barcelona memenangi 4-1, digelar di peringkat dalaman kelab sebagai ''partido de la máscara'', perlawanan akhir bertopeng. Gelaran ini diberi oleh kerana dalam perlawanan liga sebelum itu, Messi mengalami patah tulang di bahagian pipi dan pasukan perubatan memberi kebenaran kepada Messi untuk bertanding dalam perlawanan akhir dengan syarat, beliau perlu memakai perlindungan plastik pada muka; yang dalam perlawanan akhir tersebut, beliau membuka topeng tersebut dan menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit sebelum pertukaran pemain{{sfn|Hunter|2012|pp=44–45}}. Sebelum berakhirnya musim domestik, beliau menerima tawaran dari kelab [[Arsenal F.C.|Arsenal]], tawaran kelab asing pertama beliau, namun begitu memilih untuk kekal di Barcelona selepas rakan pasukannya Fàbregas dan Piqué memilih untuk beraksi di England<ref name="How Argentinian Teenager Signed for Barcelona on a Serviette"/><ref>{{cite news |title=''Lionel Messi Could Have Joined Arsenal as a Teenager, Says Arsène Wenger'' |newspaper=The Guardian |date=21 November 2014 |url=https://www.theguardian.com/football/2014/nov/21/arsenal-arsene-wenger-lionel-messi-barcelona |accessdate=18 Julai 2015}}</ref><ref name="The New Messiah">{{cite web |title=''The New Messiah'' |publisher=FIFA |date=5 Mac 2006 |url=http://www.fifa.com/tournaments/archive/clubworldcup/japan2006/news/newsid=103182/index.html |accessdate=18 Julai 2015}}</ref>.
 
 
977

suntingan