Hang Li Po: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Hang Li Po''' ({{lang-zh|漢麗寶}}) ialah isteri ke empatkeempat kepada [[Sultan Mansur Syah]] ([[1456]] - [[1477]]), [[Kesultanan Melaka|sultan Melaka]] yang memerintah dari tahun [[1456]] hingga tahun [[1477]]. Walaupun beliau merupakan [[puteri]] kepada [[Maharaja Yongle]], <ref>[http://verbatimcries.wordpress.com/2007/05/07/puteri-hang-li-po/ Laman web ''Verbatimcries:'' Puteri Hang Li Po]</ref> maharaja [[Wangsa Ming]] di [[China]], namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam [[babad]] Wangsa tersebut.
 
 
==Hubungan diplomatik Melaka-Ming==
Menurut [[Sejarah Melayu]], karya [[Tun Seri Lanang]] daripada [[abad ke-17]], apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar [[Tun Perpatih Putih]] sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman [[Kesultanan Melaka]] sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. <ref>[http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm01&spesifik_id=427&ttl_id=59 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia: Sultan Mansur Shah]</ref>
 
Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan 4 orang pengawai peribadi.<ref>[http://www.chinesesinseh.com/moretopic/topics/HistoryofMalacca/bukitcina/bukitcina.htm Bukit China (Chinese Hill)]</ref> Li Po memeluk agama [[Islam]], lalu [[Perkahwinan|berkahwin]] dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah [[istana]] untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di [[Bukit Cina]]. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.
 
Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat. <ref>[http://www.penerbit.ukm.my/jsari19-10.pdf Laman web Universiti Kebangsaan Malaysia]</ref>
 
Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan [[perkuburan]] untuk [[Orang Cina Malaysia|orang Cina]] tempatan. Kini, terdapat lebih daridaripada 12,000 kubur di situ dan yang paling awal bertarikh sehingga 1622.<ref>[http://www.guidesoutheastasia.com/malaysia-melaka-see-chinese-heritage.php Chinese Heritage Sites]</ref> Perkuburan Bukit Cina dan [[Perigi Hang Li Poh]] masih ada di Melaka hingga ke hari ini.
 
==Lihat juga==