Patrick Kluivert: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 72:
 
==Kerjaya antarabangsa==
Kluivert melakukan debut untuk [[Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|pasukan kebangsaan Belanda]] pada 16 November 1994 menentang [[[Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Czech|Republik Czech]] dalam perlawanan [[kelayakan UEFA Euro 1996|kelayakan Euro 1996]]. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada perlawanan keduanya untuk Belanda pada 29 Mac 1995. Beliau menggantikan [[Ronald de Boer]] pada minit ke-77 dan tujuh minit kemudian, beliau menyumbat jaringan pertamanya menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malta|Malta]].
 
Kluivert banyak terlepas aksi [[UEFA Euro 1996]] akibat mengalami kecederaan lutut. Pada perlawanan terakhir pusingan kumpulan, beliau menjaringkan gol hasil hantaran [[Dennis Bergkamp]] ketika menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan England|England]] sekali gus membolehkan Belanda mendapatkan tempat di pusingan kalah mati menerusi perbezaan gol dengan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Scotland|Scotland]]. Walau bagaimanapun, mereka tewas pada penentuan penalti kepada [[Pasukan bola sepak kebangsaan Perancis|Perancis]].