Sunda Wiwitan: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan |
kTiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1:
'''Sunda Wiwitan''' adalah sebuah kepercayaan yang dianuti suku [[Badui]] di [[Banten]], [[Indonesia]]. Ia berdasarkan agama kuno [[Sunda]] yang wujud sebelum kedatangan [[Hindu]] dan [[Islam]] di sana. "Sunda Wiwitan" bermaksud "Sunda Terawal". Suku Badui ini berlainan dengan masyarakat Sunda yang lain kerana tidak terkesan dengan kedatangan [[Islam]]. Malah pengaruh agama [[Hindu]] dalam masyarakat mereka. Hanya segelintir perkataan [[Sanskrit]] dan mitos Hindu wujud di kalangan mereka. Agama Sunda Wiwitan ini bersifat [[animisme]]. Mereka percaya dengan semangat yang hadir di dalam batu, pokok, sungai dan benda-benda yang lain dan berpandukan sistem bertabu atau pantang-larang. Semangat yang menduduki benda-benda yang disebut tadi akan melakukan perkara baik atau jahat kepada orang yang mengikuti atau melanggar pantang-larang ini.
==Rujukan==
* {{en}} [http://www.sunda.org/sundanese/sundanese.htm#originalsystem The Sundanese]
[[Kategori:Kepercayaan]]
|