Latifah Omar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 42:
'''Fatimah Binti Omar''' atau lebih dikenali sebagai '''Latifah Omar''' (26 Mac 1939 - 9 Jun 2013) ialah seorang pelakon filem Malaysia yang muncul dalam filem-filem Melayu hitam dan putih.
 
==Biografi dan kerjaya==
==Pengenalan==
'''Latifah Omar''' dilahirkan di Kampung Baru [[Kuala Lumpur]] pada 26 Mac 1939 dengan nama sebenar beliau ialah Fatimah Binti Omar. Beliau mengunakan nama samarannya sebagai Latifah selepas beliau berhijrah ke [[Singapura]] bersama ibunya, Rahmah Binti Kassim. Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura. Beliau merupakan seniwati filem [[Melayu]] hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 14 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik [[Singapura]]. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.
 
==Penglibatan==
Allahyarhammah telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi [[filem Panggilan Pulau]] yang ditayangkan pada tahun 1954. [[Filem Panggilan Pulau]] (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar di mana pada masa itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya [[P. Ramlee]], [[Normadiah]], [[Nordin Ahmad]], [[Daeng Idris]], [[Yusof Latiff]], [[A. Rahim]], [[Salleh Kamil]], [[S. Shamsudin]], [[Siti Tanjung Perak]], [[Omar Rojik]], [[S. Kandarisman]], [[Ibrahim Pendek]] dan merupakan kemunculan pertamanya di layar perak .
 
Baris 58 ⟶ 57:
Filem terakhir Latifah ialah [[filem Hati Batu|Hati Batu]] (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S. Azam, [[Fauziah Ahmad Daud]], M. Shahdan dan Salleh Melan.
 
==Kehidupan peribadi==
==Perkahwinan==
Allahyarhamah pernah menjadi ibu tiri kepada Allahyarhamah Seniwati [[Rahmah Rahmat]] apabila bapa Rahmah iaitu [[Rahmat Ali]], seorang peniup trompet profesional menikahi Allahyarhamah pada tahun 1957. Jarak umur di antara Latifah dan Rahmat terlalu jauh iaitu 18 tahun. Beza umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh. Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Latifah dan Rahmat Ali tidak berpanjangan dan berakhir dengan penceraian. Beliau juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali tetapi kesemua perkahwinan Allahyarhamah berakhir dengan penceraian.