Perbezaan antara semakan "Wong Pow Nee"

1,182 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Tan Sri Wong Pow Nee''' (?? - [[2002]]) ialah [[Ketua Menteri Pulau Pinang]] yang pertama. Beliau berkhidmat antara tahun [[1957]], iaitu (tahun [[kemerdekaan Malaysia]],) sehingga [[1969]] apabila jawatannya itu diambil alih oleh [[Lim Chong Eu|Dr. Lim Chong Eu]] selepas [[parti politik]]nya, [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA), ditewaskan oleh [[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1969|pilihan raya negeri]] pada tahun itu. Beliau juga merupakan ahli [[Suruhanjaya Cobbold]] pada tahun 1962 yang membuka jalan untuk pengasasan [[Malaysia]] dengan pemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan yang baru.<ref>[http://www.limkitsiang.com/archive/2002/sep02/lks1838.htm '''Laman web LimKitSiang:''' Wong Pow Nee]</ref>
 
Wong juga merupakan salah satu daripada lima ahli Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk bersama-sama oleh kerajaan-kerajaan [[British]] dan [[Malaya]] pada tahun [[1962]] untuk menentukan pandangan-pandangan orang Sabah dan Sarawak serta membuat pengesyoran tentang cadangan untuk mengasaskan [[Persekutuan Malaysia]] yang terdiri daripada Malaya, [[Singapura]], Sabah dan Sarawak. <ref name="lks">[http://www.limkitsiang.com/archive/2002/sep02/lks1838.htm '''Laman web Lim Kit Siang:''' Wong Pow Nee]</ref>
 
Bertentangan dengan cadangan dua ahli British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, untuk membenarkan tempoh peralihan antara tiga hingga tujuh tahun untuk pembentukan Malaysia, Wong dan [[Ghazalie Shafie]] menegaskan bahawa tempoh peralihan harus tidak melebihi 12 bulan untuk mencegah sebarang "pengaruh yang berbahaya dan menimbulkan gangguan". Oleh itu, Malaysia diasaskan pada [[16 September]] [[1963]].<ref name="lks" />
 
Pengerusi dan ahli-ahli British dalam Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan kebebasan [[agama]] untuk mengelakkan agama [[Islam]] dijadikan agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Wong dan Ghazalie Shafie mencadangkan bahawa [[Perlembagaan Malaysia]] didasarkan pada Perlembagaan Merdeka 1957 kerana kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan "tidak akan menjejaskan kebebasan agama dalam Persekutuan yang sebenarnya adalah sekular". <ref name="lks" /> Dengan kata yang lain, Malaysia adalah negara sekular.
 
==Rujukan==