Wong Pow Nee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Tan Sri Wong Pow Nee''' (??k.k. [[1991]] - [[31 Ogos]] [[2002]]) ialah [[Ketua Menteri Pulau Pinang]] yang pertama. Beliau berkhidmat antara tahun [[1957]] (tahun [[kemerdekaan Malaysia]]) sehingga [[1969]] apabila jawatannya itu diambil alih oleh [[Lim Chong Eu|Dr. Lim Chong Eu]] selepas [[parti politik]]nya, [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA), ditewaskan oleh [[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1969|pilihan raya negeri]] pada tahun itu.
 
Wong juga merupakan salah satu daripada lima ahli Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk bersama-sama oleh kerajaan-kerajaan [[British]] dan [[Malaya]] pada tahun [[1962]] untuk menentukan pandangan-pandangan orang Sabah dan Sarawak serta membuat pengesyoran tentang cadangan untuk mengasaskan [[Persekutuan Malaysia]] yang terdiri daripada Malaya, [[Singapura]], Sabah dan Sarawak. <ref name="lks">[http://www.limkitsiang.com/archive/2002/sep02/lks1838.htm '''Laman web Lim Kit Siang:''' Wong Pow Nee]</ref>
Baris 5:
Bertentangan dengan cadangan dua ahli British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, untuk membenarkan tempoh peralihan antara tiga hingga tujuh tahun untuk pembentukan Malaysia, Wong dan [[Ghazalie Shafie]] menegaskan bahawa tempoh peralihan harus tidak melebihi 12 bulan untuk mencegah sebarang "pengaruh yang berbahaya dan menimbulkan gangguan". Oleh itu, Malaysia diasaskan pada [[16 September]] [[1963]].<ref name="lks" />
 
Pengerusi dan ahli-ahli British dalam Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan kebebasan [[agama]] untuk mengelakkan agama [[Islam]] dijadikan agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Wong dan Ghazalie Shafie mencadangkan bahawa [[Perlembagaan Malaysia]] didasarkan pada Perlembagaan Merdeka 1957 kerana kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan "tidak akan menjejaskan kebebasan agama dalam Persekutuan yang sebenarnya adalah sekular". <ref name="lks" /> Dengan kata yang lain, Malaysia adalah negara sekular.
 
Wong meninggal dunia pada [[31 Ogos]] [[2002]] <ref>[http://www.rulers.org/2002-08.html '''Rulers:''' Ogos 2002]</ref> ketika berumur 91 tahun. Terdapat satu jalan di [[Bukit Mertajam]] yang dinamai sempena namanya, iaitu Jalan Wong Pow Nee. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Penamaan Jalan, Taman dan Tempat Pulau Pinang telah membincangkan cadangan supaya jalan yang sedia ada ditukarkan kepada Lorong Wong Pow Nee dan satu jalan yang sesuai akan dinamai Jalan Tan Sri Wong Pow Nee. [[Majlis Perbandaran Seberang Perai]] (MPSP) masih menjalankan siasatan dan kajian menjelang bulan Mei 2007, dengan keputusan belum dibuat.<ref>[http://adun.penang.gov.my/QA/ViewQA.asp?QAID=7907 '''ADUN:''' Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-11 (2007)]</ref>
 
==Rujukan==