Kicap: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Suntingan.
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 63:
:Ramuan-ramuan untuk menyiapkan perasa kicap manis adalah tetap sama dengan ramuan-ramuan untuk menyiapkan kicap masin, tetapi kicap manis memerlukan penambahan [[gula merah]] yang dihiris-hiris dan dikisar sehingga halus (setiap liter kicap memerlukan 500 gram gula merah).
 
;9.    Membubuh perasa dan memasak kicap: Cara untuk membubuh perasa dan memasak kicap, baik untuk kicap masin mahupun untuk kicap manis, adalah tepat sama. Cairan kicap (yang nombor 1 atau nombor 2) ditambah dengan air (setiap liter cairan kicap ditambah dengan 1.5 liter air), dan direbus sehingga mendidih. Selepas itu, api dikecilkan sekadar menjaga agar cairan tetap mendidih. Bungkusan bumbu-bumbu kicap, baik untuk yang masin mahupun yang manis, dicelupkan ke dalam cairan yang mendidih, digoncang-goncangkan, dan diaduk terus menerus selama 2-3 jam sehingga isi padunya menjadi separuh. Selepas pemanasan disiapkan, bumbu-bumbu yang terbungkus di dalam kain kasar tadi tetap berada di dalam cairan yang sedang dimasak. Ketika masih panas, kicap disaring dengan dua lapis kain saring.
 
;10.  Membotol: Kicap yang telah dingin dimasukkan ke dalam botol, ditutup rapat , dan kemudian dibubuh label.
 
Kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi. Terdapat kes dilaporkan yang mana meminum sebotol kicap sekali gus boleh menyebabkan keadaan yang boleh membawa maut, keadaan yang dikenali sebagai hipernatremia, yang mana terdapat terlalu banyak garam di dalam darah.<ref>[http://www.dailymail.co.uk/news/article-2337777/After-chugging-QUART-soy-sauce-student-survive-sodium-overdose-brain-damage.html After chugging a QUART of soy sauce on a dare, college student first to survive salt overdose without brain damage.]</ref>