Keroncong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Keroncong''' adalahialah sejenis seni [[muzik]] yang berasal dari pengaruh [[Indonesia]]. Ia mulai diperkenalkan ke [[Semenanjung Tanah Melayu]] pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari [[Indonesia]] terutama dari [[Jawa|Pulau Jawa]] berhijrah ke [[Malaysia]] untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik [[gamelan]], keroncong, muzik untuk wayang kulit, [[kuda kepang]], [[barongan]], hamdulok, katoperak dan sebagainya.
 
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri [[Johor]], di pantai barat negeri [[Selangor]] dan [[Perak]]. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas [[Perang Dunia II]], ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.