Buli (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Membuang ayat bercelaru.
Baris 29:
Sekuelnya, ''[[Buli Balik]]'' ditayangkan di pawagam dua tahun kemudian iaitu pada 2006.
 
==SinopsisPlot==
Nordin ([[Afdlin Shauki]]), seorang lelaki yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Dia sentiasa dibuli oleh Roy ([[Hans Isaac]]) sejak sekolah rendah lagi. Apabila Nordin sudah dewasa dan sudah menjadi pereka perisian komputer di sebuah syarikat perkomputeran, beliau ingatkan masalah bulinya sudah berakhir.
 
Dia mula mempunyai keyakinan diri sehinggalah munculnya kembali Roy, rakan sekolahnya yang tampan dan bergaya untuk berkerja di syarikat yang sama. Roy kembali menghantui kehidupan Nordin bahkan mencuri idea-idea dan hasil kerja Nordin. Pada akhirnya Nordin berjaya mengatasi masalah bulinya dengan bantuan Dr. Ika ([[Nasha Aziz]]) dan berjaya membuktikan bahawa dia bukan seorang yang lemah.
 
Pada akhirnya Nordin berjaya mengatasi masalah bulinya dengan bantuan Dr. Ika ([[Nasha Aziz]]) dan berjaya membuktikan bahawa dia bukan seorang yang lemah.
 
==Plot==
Plot filem ini dimulakan dengan Nordin berdiri di tengah-tengah bandar [[Kuala Lumpur]] sambil merenung di sekelilingnya. Bermula di sinilah, Nordin ceritakan tentang sejarah hidupnya, termasuk menjadi mangsa buli sewaktu di bangku sekolah sambil mengakui tidak mempunyai ramai kawan.
 
Nordin, berusia 28 tahun, masih membujang dan belum berkahwin, bekerja sebagai pereka [[perisian komputer]] di syarikat perisian komputer gergasi Malaysia, Michealsoft milik Tan Sri Micheal ([[Patrick Teoh]]), Nordin berkhidmat dengan Michaelsoft selama tiga tahun. Mesyuarat diadakan di ibupejabat Michealsoft, Tan Sri Micheal mengumumkan peningakan jualan perisian komputer anti-virus KABELUPUKOM (Kasi Bersih Lu Punya Komputer) Version 1.1 yang telah menembusi pasaran dunia. Nordin tiba di pejabat, dan Tan Sri Micheal mengumumkan telah mengambil orang baru sebagai kakitangan baru. Sebuah kereta Mitsubishi Lancer datang dan melanggar penanda jalan untuk OKU. Orang baru yang dimaksudkan ialah Roy. Apabila Nordin terkejut dengan kehadiran Roy, dia keluar dari bilik mesyuarat dan belum sempat meninggalkannya, Roy memanggilnya, sambil menggelarkannya sebagai "Boyot".
 
Nordin terkenangkan peristiwa lalu semasa di [[sekolah menengah]]: Tahun 1991, Roy dan Nordin menduduki tingkatan 3. Roy membuli Nordin dengan cuba memasukkan kepalanya dalam [[tandas|mangkuk tandas]]. Rupanya, ia adalah mimpi, Nordin menjerit sambil merendamkan kepalanya dalam sinki yang dipenuhi dengan air dan melihat [[cermin]]. Roy pun datang, dan memintanya menyiapkan kertas kerja laporan untuk klien. Nordin merapatkan dirinya di [[dinding]] tandas dan bermimpi lagi, dia bertukar menjadi [[The Incredible Hulk]] dengan seluruh tubuh badannya berwarna biru, manakala pakaiannya koyak akibat tubuh badannya yang membesar, dan dia pun menakutkan Roy.
 
Sementara itu, Dr. Ika memandu keretanya untuk pulang ke rumah selepas membeli seekor [[ayam]] untuk dimasak, tiba-tiba [[tayar]] keretanya pancit. Di [[taman permainan]], Nordin menikmati [[burger]] bersaiz besar dan [[roti john]] sambil diperhatikan oleh orang-orang di sekelilingnya. Seorang lelaki India datang membantu Dr. Ika. Orang ramai pun terus memerhatikan gelagat Nordin yang makan berseorangan, dia menghubungi rakan-rakannya. Lelaki India yang memperkenalkan dirinya sebagai [[Ravi Shankar]] membantu Dr. Ika menukar tayar keretanya. Dr. Ika meletakkan ayam yang dibelinya di [[pasar borong]] di belakang keretanya, bagaimanapun, lelaki India itu tidak mampu melakukannya, Dr. Ika tiada pilihan, dan terkejut ayamnya terlepas dari sangkar.
 
Sewaktu penggambaran filem ''Pancutan Terakhir'' arahan [[Erma Fatima]], bunyi [[telefon bimbit]] Jalal ([[Hattan]]) kedengaran tanpa henti, Penolong Pengarahnya ([[Sharifah Aleya]]) memberikan telefon bimbit itu kepada Jalal. Jalal yang dihubungi oleh Dr. Ika berpesan padanya jangan menelefonnya semasa berkarya, tetapi Dr. Ika mahu Jalal mendengar masalahnya. Sementara itu, Dr. Ika mencari ayamnya yang terlepas dan melihat ayamnya keluar dari gelungsur taman permainan. Ayam itu mencari mangsanya, Nordin. Tanpa disedari, ayam itu menghampiri Nordin yang sedang asyik makan burger dan menyerangnya tanpa henti, Dr. Ika terkejut melihat ayamnya mematuk Nordin hingga terdapat kesan patukan pada wajahnya. Nordin dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, dia menyangka doktor akan membedahnya, tetapi sebenarnya, doktor merawat kesan-kesan patukan.
 
== Pelakon ==