Asmaul Husna: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Asmaul Husna: Tambahan link kepada keterangan lanjut setiap nama
Hambaallah99 (bincang | sumb.)
Baris 9:
 
=== Keterangan bagi 99 Asmaul Husna ===
'''1. AR RAHMAN'''
 
Allah Ya Rahman yang Maha Pengasih, Pemurah atau Yang Maha Belas Kasihan (rahmat). Dia  menaburkan kasih kepada semua makhluq di dunia ini walaupun manusia tidak menyembahNya dan tidak mengucapkan terima kasih kepadaNya atau tidak meminta kepadaNya. Rahmat Allah meliputi segala-galanya.
Baris 17:
Ganjaran hasil amalan zikir Ya Rahman – Melahirkan insan yang Sedetikpun tidak pernah memperlihatkan perasaan benci.Setiap kata2nya mengeluarkan mutiara2 kasih. Setiap tatapan matanya memancarkan kasih. Gerakan kaki dan tangannya hanya bertujuan menolong atas dasar kasih dan bukan kepentingan diri
 
'''2. AR RAHIM'''
 
Allah Ya Rahim Maha Penyayang. Allah penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dengan sayangNya Dia memelihara hamba pilihanNya untuk tetap berada di dalam redhaNya. Sayang Allah akan berakhir dengan balasan syurga di akhirat. Seringkali Allah Ya Rahim mengalirkan sayangNya dengan memberi ujian dan musibah agar hambaNya datang dekat denganNya, begitu juga ketika hambaNya tersasar dari jalanNya, Dia Ya Rahim membimbing kembali ke jalan yang benar dengan sedikit ujian dan musibah.
Baris 24:
 
Hasil amalan zikir Ya Rahim – melahirkan insan yang Menunjukkan sifat Ar Rahim pada orang yg lalai melalui teguran dan nasihat secara lembut dan bukannya kasar. Org derhaka dipandang dengn penuh kasih dan bukan pandangan hina.
 
'''3. AL-MALIK'''
 
ALLAH YA MALIK Yang Maha Memiliki. DIA memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak. Dan DIA memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak-anak kita, suami/isteri kita. DIA boleh memberi dan DIA boleh mengambil apa sahaja daripada manusia pada bila-bila masa. Tiada siapa yang mampu menghalang sekiranya ALLAH YA MALIK ingin memberi atau mengambil. Setiap pemberian adalah amanah dan pinjaman yang akan ditanyai semuanya di Akhirat kelak.
 
Menghayati sifat AL-MALIK membuatkan seseorang sedar dirinya fakir, tidak memiliki suatu apapun. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan ALLAH dan menjaga semua anugerah ALLAH yang dipinjamkan sebaik mungkin.
 
Penghayatan kepada sifat AL-MALIK juga membolehkan manusia menggenggam dunia dan bertindak memastikan dunia tunduk kepada AL-MALIK. Dengan itu setiap kerjanya, tugasannya dan perlakuannya menjurus kepada menjadi alat AL-MALIK, mentadbir manusia ke jalan ALLAH.  Menghasilkan modul-modul, produk-produk, silibus-silibus, sekolah-sekolah, pusat-pusat latihan yang ditadbir oleh alat-alat AL-MALIK. Dunia akan menjadi aman apabila semuanya mampu tunduk kepada AL-MALIK.
 
Tidak ada seorang pun yang dapat mendakwa diri sebagai penguasa tertinggi. Tugas pemerintah adalah untuk mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara-saudaranya.
 
== Dalil ==