Budi dan Dosa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Aminah ([[Hashimah Yon]]) yang telah kematian ibu bapanya. Aminah dipelihara oleh bapa angkatnya, Lebai Ahmad ([[Haji Mahadi]]). Dari kecil, Aminah tidak disukai oleh Hasmah ([[Zaiton]]). Namun begitu, abangnya Sulaiman ([[Kuswadinata]]) amat menyanyangi Aminah. Sulaiman yang menjadi guru Aminah di rumah sehingga dia pandai membaca, mengira dan menulis. Tujuh tahun kemudian, mereka menginjak ke alam dewasa, Aminah kerap disuruh untuk menghantar surat kepada Osman ([[Jins Shamsuddin]]). Aminah hanya menurutkannya sahaja. Sulaiman juga menaruh hati kepada Aminah. Osman pula berjaya membawa Hasmah keluar dari rumah tanpa pengetahuan ayahnya untuk berfoya-foya di kelab malam. Suatu hari, Rosalimah ([[Momo Latif]]) kakak ipar kepada Lebai Ahmad datang ke rumahnya untuk menjemput Lebai sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Rosnah. Ini menyebabkan Hasmah diperli kerana masih tidak berumah tangga lagi. Selepas ibu Hasmah berangkat ke rumah Rosalimah, baharulah Lebai Ahmad menjumpai sepucuk surat antara anaknya dengan Osman. Hasmah yang ketakutan telah memasang helah, kali ini dia menyuruh Aminah untuk bertemu dengan Osman yang dia tidak dapat bertemu malam harinya. Tanpa disedari, Lebai mengekorinya dari belakang. Lebai begitu marah dengan Aminah. Dengan dakwaan dari Lebai, Sulaiman juga mempercayai. Hasmah pula berpaling tadah dengan Aminah. Aminah diusir keluar dari rumah.
 
==Pelakon==