Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeok Chee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 26:
}}
 
'''Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeok Chee''' atau nama ringkasnya ''SJKC Yeok Chee'', merupakan sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di [[Kedah]].<ref>[http://jpnkedah.moe.gov.my/index.php/ms/tentang-kami/logo-jabatan/34-maklumat-jabatan/senarai-sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Sekolah Rendah Baling/Sik]</ref>
 
 
==Sejarah ==
Sekolah Jenis Kebangsaan (China) Yeok Chee, Baling mula ditubuhditubuhkan pada 15 Jun 1918. Pada masa itu, sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Yeok Chee, Baling. Bangunannya tidak lain daripada sebuah rumah papan yang kecil yang terletak di Jalan Shafiff, Baling. Penubuhan sekolah ini menjadi kenyataan setelah usaha-usaha yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat kaum tionghua[[Tionghoa|Tionghua]] seperti En.Li Yeow Tong dan En. Yi Si Tu dengan sokongan daripada En. Lim Ping Hui, En. Cheah Ching Ser dan lain-lain. En. Li Yeow Tong orang yang pertama dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah. Bilangan murid pada masa itu ialah<!-- Berapa orang? -->. En.Lim Har Sen yang juga bertugas sebagai guru dan kerani. Begitulah keadaannya apabila sekolah Yeok Chee dimulakan.
 
Pada tahun 1923, air sungai yang sudah melampaui tebingnya telah memusnahkan bangunan sekolah itu. Aktibatnya, sebuah “garage”garaj disewa dan dijadikan sekolah untuk menampung murid-murid yang meningkat lebih daripada 40 orang. Pada tahun 1925, En. Li Yeow Tong, En. Yi Si Tu dan lain-lain bercadang membeli sebuah rumah lagi untuk menampung pelajar-pelajar yang bilangannya semakin meningkat. Cadangan ini disambut baik dan wang dikumpul hasil daripada penduduk-penduduk tempatan yang bertambah semakin ramai. Sebelah rumah dibeli dan dijadikan bilik darjah.
 
Antara tahun 1926 dan 1941, pentadbiran sekolah diuruskan oleh guru besar seperti En. Tong Sik Yew, En. Tang Ting Kwang, En. Shi Reng Chao, En. Low Sik Ling, En. Tan Chao Chuan, En. Tan Chai Soon, En. Wong Tang Yang dan En. Tong Chi Hoon.
Baris 38 ⟶ 36:
Pada tahun 1945, suatu mesyuarat agung dan pembantu-pembantu sekolah diadakan dan En. Fan Sing Koon dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah. Pada masa itu, bilangan murid telah meningkat kepada 180 orang dan bilangan guru ialah seramai enam orang. Guru Besar pada masa itu ialah En. Tong Chi Yoon.
 
Apabila sekolah diuruskan oleh Guru Besar En. Lim Chi Choon pada tahun 1955, bilangan murid ialah lebih kurang 300 orang. Selepas itu, En Ong Ching Pu dilantik sebagai Guru Besar pada tahun 1957. Setahun kemudian, Sekolah Sin Min, Pulai diterima sebagai sekolah cawangan. Semasa En. Low Chin Chuan dilantik sebagai Guru Besar, sekolah berjalan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Perubahan besar telah berlaku apabila En. Siew Diong Choong dilantik sebagai Guru Besar menggantikan tempat Guru Besar Low Chin Chuan yang bersara pada tahun 1969. Bangunan sekolah baru yang menelan belanja kira-kira RM220,000.00 telah dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Bangunan yang baru ini mempunyai bilik darjah yang cukup, sebuah perpustakaan berhawa dingin, dewan serbaguna, gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton. Dengan adanya bangunan baru ini, maka murid-murid dapat diberi pendidikan yang lebih menyeluruh supaya hasrat Negara untuk membentuk sebuah masyarakat yang maju dan dinamik dapat dicapai.
 
==Pencapaian ==