Hikayat Merong Mahawangsa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Untuk|filem|Hikayat Merong Mahawangsa (filem)}}
 
[[Fail:Hikayat_Merong_Mahawangsa.jpg|thumb|right|Kulit buku Hikayat Merong Mahawangsa dalam tekstulisan rumi]]
[[Fail:Hkyt merong mahawgsa.jpg|thumb|right|Kandungan Hikayat Merong Mahawangsa dalam tekstulisan jawi]]
'''Hikayat Merong Mahawangsa''' atau '''Sejarah Kedah''' adalahialah hikayat yang menceritakan susur galur [[Merong Mahawangsa]] dan pengasas [[Kedah]], sebuah negeri di [[Malaysia]]. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan [[Iskandar Agung]] dari [[Macedonia]] sehingga ketibaan [[Islam]] pada abad ke-12 M.
 
Merong Mahawangsa merupakan penganut [[Hindu]] dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan [[Chola]] ke atas Kedah.
 
==Ringkasan==
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagendalegenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal daridaripada pengaruh [[Islam di Malaysia|Islam]]. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja [[Empayar Rom|Rom]] tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
 
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri [[China]] telah diserang oleh [[Dewa Garuda|Garuda]]. IaBeliau membuka negeri [[Langkasuka]] dan diangkat menjadi raja. IaBeliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya, [[Raja Merong Mahapudisat]] menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya kekepada Kedah Zamin Turan.
 
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai [[Gangga Negara|Raja Perak]] dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
 
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran [[Raja Seri Maha Inderawangsa]]. Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai [[Raja Bersiong]]. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai [[Raja Phra Ong Mahapudisat]]. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada [[Sultan Mudzafar Shah I|Sultan Mudzafar Shah]].
 
==Salinan==
Tiada siapa yang tahu bila ''Hikayat Merong Mahawangsa'' pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, …" Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 1179–1201. R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaan [[Siam]], melalui gabenor di Ligor, pada tahun itu.<ref>[http://books.google.com.my/books?id=dtNx3QcEg_cC&pg=PA63&dq=malay+literature+burn&hl=en&sa=X&ei=YhKJT73eJ8XrrQfc0tXOCw&ved=0CDsQ6AEwAQ#v=onepage&q=malay%20literature%20burn&f=false Malay Literature of the 19th Century, By Siti Hawa Hj. Salleh]</ref><ref name=malaypress/> Ketika itu, negeri Kedah menjadi negeri [[ufti]] Siam, oleh itu kerajaan Siam membenci mana-mana tindakan yang kelihatan mencabar kewibawaannya baik dalam negara sendiri mahupun negeri-negeri uftinya.<ref name=malaypress/>
 
Catatan pusaka ''Hikayat Merong Mahawangsa'' masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai panduan. Antaranya:<ref name=malaypress>[http://themalaypress.blogspot.com/2009/07/manuskrip-hikayat-merong-mahawangsa.html Hikayat Merong Mahawangsa : A review by Sejarah Melayu Online], The Malay Press, 2009. Dicapai pada 5 Mac 2010.</ref>
#''Hikayat Merong Mahawangsa'' versi Ms. Maxwell 21 yang merupakan koleksi pertama milik W. Maxwell. Naskhah ini ditulis sepanjang 149 halaman tanpa nombor di setiap halamannya, dan telah diserahkan kekepada Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Di dalamnya terdapat tanda tangan Maxwell dan catatan ''Singapore, 1884 M''.
#''Hikayat Merong Mahawangsa'' versi Ms. Maxwell 16 oleh W. Maxwell. Naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskhah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman.
#''Sjadjarah Negeri Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa'', yang dikenali sebagai versi von de Wall, No. 201. Naskhah salinan ini ditemukan oleh von de Wal ketika iabeliau di Riau.
#''Hikayat Merong Mahawangsa'' atau Sejarah Negeri Kedah. Naskhah ini ditulis di Kampung Sungai Kallang, Singapura. Di dalamnya tercatat tahun 1876 M. Salinan manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, England.
#''Hikayat Merong Mahawangsa'' versi R.J. Wilkinson, dicetak batu dalam tulisan Jawi berukuran fulskap oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang Street. Versi ini disalin pada 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin di Pulau Pinang.
#''Hikayat Merong Mahawangsa'' versi Sturrock yang diterbitkan dalam Journal of The Royal Asiatic Society, Straits Branch (JRASSB) No. 72, Mei 1916 M di halaman 37-123, yang dicetak menggunakan [[tulisan Rumi]] (tulisan romawi).
#''Hikayat Merong Mahawangsa'' versi Logan yang merupakan koleksi J.R Logan, kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Singapura dengan nombor arkib qMR 8999, 2302 HR.
 
Hikayat Merong Mahawangsa turut dirakam dalam bentuk ulasan historiografi oleh Siti Hawa Haji Salleh, terbitan [[Universiti Malaya]] pada tahun 1991.<ref>{{cite book|title=Hikayat Merong Mahawangsa|author=Siti Hawa Hj. Salleh|publisher= Penerbit Universiti Malaya|year=1991 |isbn= 9679940373, 9789679940374|url=http://books.google.com.my/books?id=b2G5AAAAIAAJ&q=Hikayat+Merong+Mahawangsa+1991&dq=Hikayat+Merong+Mahawangsa+1991&cd=3|accessdate=5 Mac 2010}}</ref> Buku ulasan ini memetik ceritanya daridaripada tiga buah manuskrip, iaitu Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201.<ref>[http://mcp.anu.edu.au/N/MW_bib.html Hikayat Merong Mahawangsa], Malay Concordance Project, Australian Naional University. Dicapai pada 5 Mac 2010.</ref>
 
==Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa==
<!-- JIKA ANDA TUKARKAN JUDUL BHG. INI, SILA KEMASKINI PAUTAN LECONG DI [[Senarai Raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa]]. TERIMA KASIH. -->
Menurut ''Hikayat Merong Mahawangsa'', terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di [[Langkasuka]] yang juga pengasas kepada kerajaan [[Kedah Tua]] bermula di sekitar [[Lembah Bujang]]. Di antaraAntara mereka juga merupakan pengasas kepada [[Kerajaan Siam]], [[Gangga Negara]] dan negeri [[Patani]], Selatan [[Siam]] (Thailand). Berikut adalahialah penama-penamanya:
 
* '''[[Merong Mahawangsa]]''' (berasal dari [[Rom]] kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh [[Dewa Garuda|garuda]]. Lalu bersinggah di wilayah [[Lembah Bujang]], [[Langkasuka]] (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi [[Iskandar Agung]] dari [[Macedonia]]. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama [[Hindu]].
 
* '''[[Raja Merong Mahapudisat]]''', putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
Baris 48:
* '''[[Raja Phra Ong Mahapudisat]]''' merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa ([[Raja Bersiong]]). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
 
* '''Raja Phra Ong Mahawangsa''' merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama [[Islam]]. Menukar nama sebagaikepada [[Sultan Mudzafar Shah I]] (Dipercayai sebagai [[Sultan]] pertama [[Kedah]] dan salah seorang Sultan tertua di dunia bermula tahun 1136). DiIslamkanDiislamkan oleh [[Syeikh Abdullah Yamani]].
<br />
 
==Analisis sejarah==
==''Hikayat Merong Mahawangsa'' Analisa Sejarah==
 
Merong Mahawangsa dikatakan tidak mula belayar dari [[Rom]] kerana pada hemat ahli sejarawan, baginda mesti perlu menuruni Afrika Selatan dahulu lalu melalui [[Tanjung Harapan]], [[Afrika Selatan]]. Perjalanan ini adalah terlauterlalu jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar adalah melalui Teluk Parsi. Maka segelintir sejarawan melihat barangkali baginda bukan dari Rom. Dalam pandangan lain, baginda mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari MercedoniaMacedonia GreekYunani. Pelayaran untuk mewujudkan hubungunanhubungan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatif sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui [[Laluan Sutera]].
 
Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh [[Garuda]]. Garuda ini dalam hikayat dikisahkan sebagai burung raksasa. Burung ini dikatakan telah mengadap [[Nabi Sulaiman a.s.|Nabi Allah Sulaiman]] (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita. Terdapat pandangan menganggap Garuda adalahialah burung tunggangan [[Dewa Vishnu|Dewa Visnu]] dalam agama Hindu. Oleh itu, ini hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia Tenggara berada di bawah pengaruhnya. Oleh itu, tentera laut benua India atau Sri Lanka telah menyerang Merong Mahawangsa. Baginda Merong singgah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka, [[Kedah Tua]] bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan beragama Roman,. Hal ini menguatkan lagi pendapat baginda tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin didiami oleh Sami Hindu yang tidak berkahwin seperti Bramacahri. Kerana itu kawasan itu dipanggil [[Lembah Bujang]].
Lembah Bujang mungkin didiami oleh Sami Hindu yang tidak berkahwin seperti Bramacahri. Kerana itu kawasan itu dipanggil [[Lembah Bujang]].
 
Terdapat rekod daridaripada pengembara China, Chang-jun (常駿) dalam ''Sui Annals'' yang mengatakan bahawa Kerajaan [[Chi_TuChih Tu]] dan Kerajaan [[Kantoli|Kantouli]] mempunyai susur galur Raja yang sama yang bernama Qu-tan (瞿曇). Menurut Takahashi Suzuki, Kantouli adalahialah nama yang merujuk kepada sebutan India untuk "Kedah" manakala Chih-Tu pula adalahialah sebuah kerajaan maritim ygyang terletak di pantai timur segenting kra[[Segenting Kra]]/ [[Semenanjung Malaysia]]<ref>Langkasuka. Retrieved January 21st, 2015. {{Citeweb|url=http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6langkasuka1.html|title=Langkasuka|date=|access-date=21 Januari 2015|website=|last=|first=|archive-url=|archive-date=|dead-url=|language=en}}</ref>. IniHal ini membenarkan akan wujudnyakewujudan talian kekeluargaan di antara [[Langkasuka]] dan Kedah dan kawasan-kawasan sekitarnya seperti yang dimaksudkan Hikayat ini.
 
== Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong) ==
 
Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia dikaitkan dengan dua tempat iaitu Bukit Choras dan Tikam Batu. Di Tikam Batu, diceritakan ada sabuahsebuah Istana Raja Bersiong di atas bukit dengan air terjun yang menembusi batu sedalam sebatang buluh. Sempena inilah nama Tikam Batu diambil.
 
Raja Bersiong beragama Hindu. Baginda menyembah tokong yang diperbuat daripada emas dan berhala, namun tokong ini telah diambil oleh British dan dibawa balik ke India. Memandangkanmemandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah.
 
Kemungkinan kedua adalahialah baginda terpengaruh dengan satu kaum gergasi yang padadalam lagendalegenda di Kedah tinggal di kaki [[Gunung Jerai]]. Kaum ini berbadan besar dan tinggi denagndengan amalan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin disebabkan banyak [[Protein (nutrien)|protein]] dalam diet berbanding dengan hanya memakan sayur-sayuran.
 
Apabila rakyat yang mula mengenali Islam, rakyat telah memberontak menentang Raja Bersiong. Baginda telah lari hingga ke Baling di mana baginda mencabut dan membaling siongnya dan jatuh ke [[Kampung Siong]] di [[Baling]]. Barangkali baginda juga mungkin memasuki daerah [[Patani]] dan hilangmenghilang di sana.
 
==Adaptasi==
''Hikayat Merong Mahawangsa'' telah diadaptasi menjadi lakonan pentas yang pernah dipentaskan di [[Istana Budaya]]. Persembahan yang berjudul ''Hikayat Merong Mahawangsa: A Swashbuckling Epic Adventure'' yang ber[[bahasa Inggeris]] ini dipersembahkan oleh Ribbit Edutainment dan disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Pementasan pertamanya berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2009.<ref>[http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/merong_mahawangsa ], Istana Budaya. Dicapai pada 5 Mac 2010.</ref>
 
Selain itu, Hikayat ini juga diadaptasi menjadi filem cetera terbitan [[KRU Studios]] yang dijadualkan keluar pada tahun 2010 untuk tontonan pasaran antarabangsa. Filem ''[[Hikayat Merong Mahawangsa (filem)|Hikayat Merong Mahawangsa]]'' ini dibintangi oleh [[Stephen Rahman Hughes]] sebagai Merong Mahawangsa<ref>[http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Merong_Mahawangsa_904 Merong Mahawangsa], Sinema Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2010.</ref>, dan dilaporkan berdialog 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam [[bahasa Melayu klasik]].<ref>{{cite news|title= HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA PERTEMUAN TIMUR & BARAT. |author=Faizal Fauzi |publisher=Sinema Malaysia |date=13 Jul 2009 |url=http://www.sinemamalaysia.com.my/main/article/Hikayat_Merong_Mahawangsa_pertemuan_Timur_dan_Barat.__2456|accessdate=5 Mac 2010}}</ref>