Jupp Heynckes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 118:
====Tempoh ketiga di Bayern Munich====
Pada 25 Mac 2011, Heynckes menggantikan tempat [[Louis van Gaal]] sebagai pengurus Bayern Munich pada permulaan musim [[Bundesliga 2011-12|2011-12]].<ref>{{cite web | url = http://www.dw-world.de/dw/article/0,,14943512,00.html | title = Bayern Appoint Jupp Heynckes as new coach | accessdate = 25 March 2011 | publisher = Deutsche Welle | first = Christian | last = Nathler}}</ref> Pada usia 66 tahun, beliau menjadi jurulatih tertua di Bundesliga.<ref>{{Cite news|url=http://www.fcbayern.telekom.de/en/news/news/2011/29089.php|title=Heynckes: Bayern will be very, very motivated|date=15 April 2011|accessdate=1 June 2013|work=FC Bayern München}}</ref> Heynckes mengambil alih pasukan yang menghuni tempat ketiga dalam musim [[Bundesliga 2010-11|lepas]].
 
Bayern memulakan musim baru di bawah kendalian Heynckes dengan kekalahan mengejut 1-0 kepada kelab lama beliau, Borussia Mönchengladbach di [[Allianz Arena]]<ref>{{Cite news|url= https://www.theguardian.com/football/2011/aug/07/bayern-munich-borussia-moechengladbach|title=Bayern Munich suffer rare home defeat to Borussia Mönchengladbach|date=8 August 2011|accessdate=1 June 2013|work=The Guardian}}</ref> sebelum Bayern mencatatkan enam kemenangan [[Bundesliga 2011-12|Bundesliga]] berturut-turut tanpa bolos sekali gus membawa Bayern ke puncak liga. Dalam semua kejohanan, Bayern mencatatkan 12 perlawanan tanpa bolos termasuklah empat perlawanan [[Liga Juara-Juara UEFA 2011-12|Liga Juara-Juara]]. Namun, Borussia Dortmund merampas tangga teratas liga selepas Bayern seri menentang Hamburg pada perlawanan ke-20. Dortmund menghuni tangga teratas liga sehinggalah mereka menjulang trofi Bundesliga pada penghujung musim.<ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/football/blog/2012/apr/23/borussia-dortmund-bundesliga-title-blog|title=Borussia Dortmund celebrate Bundesliga title win built on unity|date=23 April 2013|accessdate=1 June 2013|work=The Guardian}}</ref>
 
Pada 17 Mac 2012, Heynckes menyaksikan perlawanan Bundesliga ke-600nya sebagai pengurus dengan kemenangan 6-0 ke atas Hertha BSC. Pengurus Hertha iaitu [[Otto Rehhagel]], hanya jurulatih yang mengedali lebih banyak perlawanan Bundesliga iaitu lebih 800 perlawanan.
 
Selepas menduduki tempat kedua liga, Bayern bertemu Dortmund pada perlawanan akhir [[DFB-Pokal 2011-12|DFB-Pokal 2012]] namun mereka tewas 5-2.<ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/football/blog/2012/may/14/bayern-munich-humiliation-borussia-dortmund|title=Bayern Munich shaken to the core by Borussia Dortmund humiliation|date=14 May 2012|accessdate=1 June 2013| work=The Guardian}}</ref>
 
Walaupun dipanah kekecewaan berikutan prestasi Bayern di peringkat domestik, Heynckes membawa Bayern layak ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA 2011-12|Liga Juara-Juara]]. Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Allianz Arena, ''die Roten'' bertembung dengan kelab [[Liga Perdana Inggeris]], [[Chelsea F.C.|Chelsea]]. Walaupun Bayern banyak menguasai perlawanan<ref>{{Cite news|url=http://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/champions-league/9276965/Bayern-Munich-v-Chelsea-how-the-players-rated-in-Champions-League-final.html|title=Bayern Munich v Chelsea: how the players rated in Champions League final|date=19 May 2012|accessdate=1 June 2013|work=The Telegraph}}</ref> dan mendahului 1–0 pada minit ke-83, Bayern akhirnya tewas 4-3 menerusi penentuan penalti.<ref>{{cite web | url = http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/18044385 | title = Chelsea 1-1 Bayern Munich | publisher = BBC Sport | date = 19 May 2013 | accessdate = 18 May 2013 | first = Phil | last = McNulty}}</ref> Musim ini menyaksikan Bayern menamatkan musim di seluruh kejohanan sebagai naib juara.