Abu Hassan Penchuri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
kTiada ringkasan suntingan
Baris 27:
==Pengarah==
Filem Abu Hassan Penchuri diarah oleh pengarah [[B. N. Rao]] dan ditayang kepada umum pada 2 Mei [[Filem Malaysia tahun 1955|1955]].
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Puteri Faridah ([[Mariam Baharum]]), anakanda Khalifah Baghdad ([[Daeng Idris]]). Suatu hari, Faridah telah dipertemukan dengan seorang pencuri yang terkenal iaitu Abu Hassan ([[P. Ramlee]]) dan rakannya, Kassim ([[Ahmad C]]). Faridah dan Abu Hassan kerap berjumpa bersama di kawasan larangan Istana Baghdad. Abu Hassan mempunyai tongkat dan tali hikmat bagi memudahkan dia memanjat tembok istana untuk berjumpa dengan tuan puteri. Menjelang hari ulang tahun keputeraan baginda, ayahandanya ingin mengahwinkan puterinya dengan anak-anak raja atau sultan di seluruh tanah arab. Dalam ramai-ramai putera-putera tersebut hanya seorang sahaja yang diperkenan oleh Khalifah Baghdad untuk dijadikan bakal menantunya. Tukang sihir atau dikenali sebagai Putera Raja Tartar ([[Nordin Ahmad]]) telah menghadiahkan seekor kuda ajaib kepada Khalifah tersebut. Dalam masa yang sama, Abu Hassan telah menyelinap masuk ke kawasan larangan untuk mencari tuan puteri. Nasibnya agak malang, Abu Hassan telah ditangkap dan dihadapkan menghadap Khalifah. Akhirnya Abu Hassan dijatuhi hukuman buang daerah dan dibiarkan hidup bersendirian di tengah padang pasir.
 
Abu Hassan yang keletihan dan kehausan telah ternampak akan sebuah botol yang disangkakan ada air didalamnya untuk diminum. Sangkaannya meleset, kerana botol tersebut mengandungi seekor jin ifrit yang dipenjarakan sejak sekian lama. Dengan kebijaksanaan Abu Hassan, dia berjaya memperdayakan jin ifrit tersebut dan menjadikan sebagai hamba buat dirinya. Dengan bantuan dari jin ifrit, Abu Hassan telah dihantar pulang ke kota Baghdad. Sesampainya disana, Abu Hassan sempat memberitahu Kassim yang kebingungan tentang peristiwa yang dialaminya sebentar tadi.
 
Di hari pertunangan, Puteri Faridah melarikan diri dari istana tetapi Putera Tartar telah menangkap beliau dan melarikannya ke negara Tartar dengan bantuan kuda ajaibnya. Faridah yang ingkar arahan Putera Tartar telah dipenjarakan sehingga dia kebuluran. Dalam masa yang sama, Hulubalang istana ([[M. Rafiee]]) ternampak akan orang yang melarikan Puteri Faridah sebelum memberitahu kepada Khalifah. Khalifah yang terkejut terus menitahkan kepada seluruh rakyat Baghdad yang berjaya menyelamatkan puterinya akan dikahwinkan tanpa mengira kedudukan, pangkat dan kasta. Titah diraja ini telah didengari oleh Kassim, dia lantas memberitahu Abu Hassan agar segera mencari Puteri Faridah dengan segera agar cita-citanya untuk berkahwin dengan puteri tersebut menjadi kenyataan.
 
Abu Hassan dan Kassim telah pergi ke dalam gua untuk bertemu dengan seorang nenek kebayan. Nenek kebayan sudi membantu Abu Hassan dan Kassim untuk menyelamatkan Faridah yang berada dalam penderitaan. Nenek kebayan telah menukarkan wajah Abu Hassan dan Kassim kepada seorang yang tua. Mereka juga diberikan buah, sehelai permaidani dan juga sebilah pedang hikmat. Abu Hassan berjaya membawa keluar Faridah dari Istana Tartar. Namun begitu, Putera Tartar mengekori mereka dari belakang. Setibanya di Istana Baghdad, Abu Hassan telah bergelut dengan Putera Tartar sebelum membunuhnya. Faridah dikembalikan dengan keadaan selamat. Khalifah begitu terharu dan terhutang budi dengan bantuan Abu Hassan dan Kassim. Khalifah mengucapkan terima kasih dan merestui Abu Hassan untuk dijadikan sebagai menantunya. Kassim juga diizinkan untuk tinggal bersama di dalam istana. Beberapa hari kemudian, Abu Hassan dan Faridah dikahwinkan bersama.
 
==Pelakon==
Baris 32 ⟶ 41:
* [[Mariam Baharum]] sebagai Puteri Faridah
* [[Nordin Ahmad]] sebagai Tukang Sihir atau Putera Raja Tartar
* Mohd Hamid atau [[Ahmad C]] sebagai Kassim
* [[Daeng Idris]] sebagai Khalifah Baghdad (ayahanda Puteri Faridah)
* Malik Sutan Muda
* [[S. Shamsuddin]] sebagai Tengku Mahkota Kerajaan Basrah
* [[Shariff Dol]] sebagai Tengku Mahkota Kerajaan Parsi
* [[Ali Rahman]]
* Shariff[[M. DolRafiee]] sebagai TengkuHulubalang MahkotaIstana Kerajaan ParsiBaghdad
* [[Malek Sutan Muda]] sebagai Memanda menteri Istana Baghdad
* Wan Hazim
* Habsah Omar sebagai nenek kebayan
 
==Lagu==
*
 
 
==Pautan luar==