Abu Hassan Penchuri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Puteri Faridah ([[Mariam Baharum]]), anakanda Khalifah Baghdad ([[Daeng Idris]]). Suatu hari, Faridah telah dipertemukan dengan seorang pencuri yang terkenal iaitu Abu Hassan ([[P. Ramlee]]) dan rakannya, Kassim ([[Ahmad C]]). Faridah dan Abu Hassan kerap berjumpa bersama di kawasan larangan Istana Baghdad. Abu Hassan mempunyai sebatang tongkat dan seutas tali hikmat bagiyang berjaya dicurinya dari seorang ahli sihir tua. Dengan kemudahan tersebut, ini amat memudahkan dia memanjat tembok istana untuk berjumpa dengan tuan puteri hampir setiap hari. Menjelang hari ulang tahun keputeraan bagindaKhalifah, ayahandanya ingin mengahwinkan puterinya dengan anak-anak raja atau sultan di seluruh tanah arab. Dalam ramai-ramaikalangan putera-putera tersebut hanya seorang sahaja yang diperkenan oleh Khalifah Baghdad untuk dijadikan bakal menantunya iaitu Putera Raja Tartar. Tukang sihir atau dikenali sebagai Putera Raja Tartar ([[Nordin Ahmad]]) telah menghadiahkan seekor kuda ajaib kepada Khalifah tersebut. Dalam masa yang sama, Abu Hassan pula telah menyelinap masuk ke kawasan larangan untuk mencari tuan puteri. Nasibnya agak malang, Abu Hassan telah ditangkap dan dihadapkan menghadapkepada Khalifah. Akhirnya Abu Hassan dijatuhi hukuman buang daerah dan dibiarkan hidup bersendirian di tengah padang pasir.
 
Abu Hassan yang keletihan dan kehausan telah ternampak akan sebuah botol yang disangkakan ada air didalamnya untuk diminum. Sangkaannya meleset, kerana botol tersebut mengandungi seekor jin ifrit yang dipenjarakan sejak sekian lama. Dengan kebijaksanaan Abu Hassan, dia berjaya memperdayakan jin ifrit tersebut dan menjadikan sebagai hamba suruhan buat dirinya. Dengan bantuan dari jin ifrit, Abu Hassan telah dihantar pulang ke kota Baghdad. Sesampainya disana, Abu Hassan sempat memberitahu Kassim yang kebingungan tentang peristiwa yang dialaminya sebentar tadi.
 
Di hari pertunangan, Puteri Faridah melarikan diri dari istana tetapi Putera Tartar telah menangkap beliau dan melarikannya ke negara Tartar dengan bantuan kuda ajaibnya. Faridah yang ingkar arahan Putera Tartar telah dipenjarakan sehingga dia kebuluran. Dalam masa yang sama, Hulubalang istana ([[M. Rafiee]]) ternampak akan orang yang melarikan Puteri Faridah sebelum memberitahu kepada Khalifah. Khalifah yang terkejut terus menitahkan kepada seluruh rakyat Baghdad yang berjaya menyelamatkan puterinya akan dikahwinkan tanpa mengira kedudukan, pangkat dan kasta. Titah diraja ini telah didengari oleh Kassim, dia lantas memberitahu Abu Hassan agar segera mencari Puteri Faridah dengan segera agar cita-citanya untuk berkahwin dengan puteri tersebut menjadi kenyataan.