Giza: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 13:
Kompleks Piramid Giza yang dibina oleh masyarakat [[Mesir purba]] sekitar 5000 tahun yang lalu memiliki keluasan yang boleh disamakan antara jarak dari [[St. Peter]] ([[Rom]]), [[Katedral Florence]] ([[Milan]]) hingga ke [[St. Paul]] ([[London]]). Dipercayai apabila batu-batu di Piramid Giza disatukan, kesemuanya mampu membuat tembok setinggi 3 meter dengan ketebalan 0.3 meter yang boleh mengelilingi seluruh [[Perancis]].
 
[[GambarImej:Orion 2000.jpg|right|thumb|Peta Bintang Orion yang dijadikan panduan kompleks piramid Giza]]
 
Jika dibandingkan dengan ''[[Empire State Building]]'' di [[New York]], piramid ini 30 kali ganda lebih besar malah boleh dilihat dari [[bulan]] tetapi masyarakat [[Mesir purba]] telah membinanya sendiri dalam waktu 30 tahun. Terdapat banyak pendapat tentang kaedah memindahkan batuan dan menyusunnya menjadi ke atas untuk piramid yang tinggi (ada pakar mengatakan mereka membuat struktur lereng atau ulir seperti pada skru yang kemudian dikapur dengan batu kapur pada lapisan luar. Ada juga yang menyatakan bahawa batu-batu tersebut adalah hasil [[tuangan]]), pembinaan yang tepat serta [[pusat jisim]]nya. Pendapat yang pelbagai muncul hingga timbul pendapat yang mengatakan bahawa Piramid dibina oleh [[UFO]] dengan mengkaitkannya dengan gambaran ''piramid'' di [[Marikh]]. Ada lagi yang berspekulasi bahawa piramid dibina oleh manusia zaman akan datang yang terdampar di masa dahulu. Didapati juga piramid berhubungan dengan buruj [[Orion]] ditinjau dari piramid Giza dan [[Piramid Maya]] turut diyakini mempunyai kedudukan yang sama berdasarkan buruj Orion. Selain itu, dipercayai juga terdapatnya ruang di bawah [[Sphinx]] (yang dinamakan ''Hall off Records'') yang merupakan kunci rahsia menuju ''[[Zep Tepi]]'' iaitu suatu zaman keemasan masa dahulu ketika Piramid Giza ini dibina.
 
[[Imej:Giza-orion2.jpg|right|thumb|Denah PiramidaPiramid Giza]]
 
Menurut penelitian dari para cendekiawan dan ahli [[arkeologi]], bahan asal pembuatan piramid diambil dari beberapa tempat. Contohnya, [[batu kapur]] dari [[Tura]], [[granit]] dari [[Aswan]], [[tembaga]] dari [[Sinai]] dan [[kayu]] untuk peti dari [[Lubnan]] yang kesemuanya diangkut melalui [[Sungai Nil]]. Kemudian buruh-buruh pekerja secara puratanya meningal pada usia muda antara 30 tahun kerana mengalami kecederaan [[tulang belakang]] disebabkan membawa beban yang sangat berat. Kebelakangan dekad ini, para pengkaji turut menemui kaedah dan peralatan pertolongan cemas bagi buruh yang cedera di tapak sekitar komplek ini.