Jupp Heynckes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 127:
Walaupun dipanah kekecewaan berikutan prestasi Bayern di peringkat domestik, Heynckes membawa Bayern layak ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA 2011-12|Liga Juara-Juara]]. Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Allianz Arena, ''die Roten'' bertembung dengan kelab [[Liga Perdana Inggeris]], [[Chelsea F.C.|Chelsea]]. Walaupun Bayern banyak menguasai perlawanan<ref>{{Cite news|url=http://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/champions-league/9276965/Bayern-Munich-v-Chelsea-how-the-players-rated-in-Champions-League-final.html|title=Bayern Munich v Chelsea: how the players rated in Champions League final|date=19 May 2012|accessdate=1 June 2013|work=The Telegraph}}</ref> dan mendahului 1–0 pada minit ke-83, Bayern akhirnya tewas 4-3 menerusi penentuan penalti.<ref>{{cite web | url = http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/18044385 | title = Chelsea 1-1 Bayern Munich | publisher = BBC Sport | date = 19 May 2013 | accessdate = 18 May 2013 | first = Phil | last = McNulty}}</ref> Musim ini menyaksikan Bayern menamatkan musim di seluruh kejohanan sebagai naib juara.
 
=====Musim 2012–13=2012-13====
Bayern memulakan musim 2012-13 dengan kejayaan menewaskan Borussia Dortmund 2-1 dalam [[DFL-Supercup 2012|DFL-Supercup]].<ref> name="Supercup: Bayern best Dortmund">{{cite news|last1=Hallam|first1=Mark|title=Supercup: Bayern best Dortmund|url=http://www.dw.com/en/supercup-bayern-best-dortmund/a-16162008|accessdate=27 July 2016|publisher=Deutsche Welle|date=12 August 2012}}</ref> Ia merupakan satu keputusan yang memberangsangkan apabila Bayern tewas dalam tiga pertemuan dengan ''die Schwarzgelben'' pada musim-musim sebelumnya. Kempen [[Bundesliga 2012–13 Bundesliga|Bundesliga]] Bayern bermula dengan lapan kemenangan berturut-turut.
 
Pada 16 Januari 2013, Bayern mengumumkan bahawa bekas pengurus Barcelona, [[Pep Guardiola]] akan menggantikan Heynckes pada Julai 2013. Pengurus Besar Bayern, [[Uli Hoeneß]] seterusnya menyatakan Heynckes tidak membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern namun tindakan kelab yang menginginkan perkhidmatan Guardiola.<ref>{{Cite news|url=http://www1.skysports.com/football/news/11890/8407221/Bayern-Munich-coach-Jupp-Heynckes-decision-to-retire-was-not-entirely-voluntary|title=Bayern Munich coach Jupp Heynckes' decision to retire was not entirely voluntary|date=18 January 2013|accessdate=1 June 2013|work=Sky Sports}}</ref> Selepas perlawanan liga disambung berikutan percutiam musim sejuk, Bayern memenangi 14 perlawanan berturut-turut dari bulan Januari dan seterusnya sebelum dinobatkan sebagai juara Bundesliga pada 6 April 2013.<ref>{{cite web|url = http://uk.eurosport.yahoo.com/news/bundesliga-bayern-munich-seal-fastest-ever-title-win-153016363.html|title=Bundesliga – Bayern Munich seal fastest ever title after win over Frankfurt |author=Reuters |date= 6 April 2013 |publisher=Yahoo! Eurosport |accessdate= 6 April 2013}}</ref> Seterusnya, Bayern menjadi pasukan terawal merangkul Bundesliga selain memecahkan beberpa rekod lain ketika musim ini antaranya pengutipan mata tertinggi (91), kemenangan berturut-turut terpanjang (14), kemenangan tertinggi dalam satu musim (29), perbezaan gol terbanyak dalam satu musim (+80) dan jumlah gol dibolos paling sedikit dalam satu musim (18). Pasukan ini turut menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan hanya menempuhi satu kekalahan.<ref>{{Cite news|url=http://www.whoateallthepies.tv/lists/166027/comprehensive-list-of-all-bundesliga-records-broken-by-bayern-munich-this-season.html|title=Comprehensive List of All Bundesliga Records Broken By Bayern Munich This Season|date=20 May 2013|accessdate=1 June 2013|work=Who Ate All The Pies}}</ref>
 
Pada 23 Februari 2013, Heynckes mengendali Bayern dalam perlawanan ke-1000 Bundesliganya sebagai seorang pemain dan pengurus sekali gus menjadikan beliau sebagai insan kedua yang melakukan kemunculan tertinggi dalam sejarah Bundesliga. Pada 14 Mei 2013, beliau mengendali perlawanan Bundesliga yang dianggap buat kali terakhir. Lebih dramatik lagi, perlawanan tersebut berlangsung di Borussia Mönchengladbach, kelab di mana Heynckes memulakan karier dan berkhidmat selama 20 tahun sebagai pemain dan pengurus.<ref>{{Cite news|url=http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2012/0000253958.php|title=Heynckes bids farewell in Mönchengladbach|date=17 May 2013|accessdate=1 June 2013}}</ref>
 
Dalam saingan [[Liga Juara-Juara UEFA 2012-13|Liga Juara-Juara]], Bayern menumbangkan Barcelona pada peringkat separuh akhir selepas menang 7-0 menerusi agregat untuk melangkah ke perlawanan akhir. Heynckes membawa Bayern menewaskan pesaing ketat kelab, Borussia Dortmund 2-1 di [[Stadium Wembley]]. Heynckes menjadi pengurus keempat (selepas [[Ernst Happel]], [[Ottmar Hitzfeld]] dan [[José Mourinho]]) untuk meraih Liga Juara-Juara bersama dua kelab berbeza.<ref>{{Cite news|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsid=1954799.html|title=Two-time winner Heynckes in exclusive club|date=25 May 2013|accessdate=2 June 2013|work=UEFA}}</ref>
 
Pada 1 Jun 2013, Heynckes mengendali Bayern buat kali terakhir pada perlawanan akhir [[DFB-Pokal 2013|DFB-Pokal]] menentang VfB Stuttgart.<ref name="Bayern Munich win German Cup and secure historic treble">{{Cite news|url=http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/22733629|title=Bayern Munich win German Cup and secure historic treble|date=1 June 2013|accessdate=2 June 2013|work=BBC}}</ref> Bayern akhirnya menang 3-2 dan melengkapkan "treble" dalam satu siri musim.<ref name="Bayern Munich win German Cup and secure historic treble"/><ref>{{Cite news|url=http://edition.cnn.com/2013/06/01/sport/football/bayern-munich-mourinho-abidal-football/?hpt=hp_t3|title=Bayern Cup win clinches Bayern's historic treble
|date=1 June 2013|accessdate=2 June 2013|work=CNN}}</ref><ref>{{Cite news|url=http://www1.skysports.com/football/news/11890/8749605/Treble-top-for-super-Bayern|title=Treble top for super Bayern|date=1 June 2013|accessdate=2 June 2013|work=Sky Sports}}</ref> Bekas kapten Bayern dan pasukan Jerman Barat, [[Franz Beckenbauer]] yang membawa ''die Roten'' merangkul tiga trofi Piala Eropah berturut-turut pada era 1970an,<ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/football/blog/2013/may/23/great-european-cup-team-bayern-munich|title=The great European Cup teams: Bayern Munich 1974-76|date=23 May 2013|accessdate=2 June 2013|work=The Guardian}}</ref> mengungkapkan pasukan Bayern di bawah kendalian Heynckes adalah "pasukan terbaik Bayern selamanya"<ref>{{Cite news|url=http://www.cbc.ca/mt_ept/stories/2013/06/01/bayern-munich-cap-season-by-winning-german-cup.html|title=Bayern Munich cap season by winning German Cup|date=1 June 2013|accessdate=2 June 2013|work=CBC}}</ref> dan pandangan ini turut disertai bekas penyerang legenda Bayern, [[Karl-Heinz Rummenigge]].<ref>{{Cite news|url=http://www.goal.com/en-us/news/87/germany/2013/05/31/4016452/rummenigge-this-is-the-best-bayern-munich-ever|title=Rummenigge: This is the best Bayern Munich ever|date=31 May 2013|accessdate=2 June 2013|work=goal.com}}</ref>
 
Pada 4 Jun 2013, Heynckes mengumumkan bahawa beliau tidak akan menjadi pengurus kelab ketika musim 2013-14.<ref>{{cite news|url=https://www.theguardian.com/football/2013/jun/04/jupp-heynckes-not-managing-13-14|title=Jupp Heynckes says he will not manage a club in 2013-14|date=4 June 2013|accessdate=6 June 2013|work=The Guardian}}</ref>